2 regulasi hormon yang perlu anda tahu dalam peringkat awal - TopicsExpress



          

2 regulasi hormon yang perlu anda tahu dalam peringkat awal carbohydrate metabolism, sila hafal atau catat dalam nota anda: 1) Ghrelin vs Leptin - hubungkait berkadar songsang. Ghrelin = trigger rasa lapar; Leptin = trigger rasa kenyang dan puas. Bila paras Leptin meningkat, paras Ghrelin akan sentiasa supressed untuk kekal rendah. Diet yang bagus = paras Leptin sentiasa optimum. Crash Diet (i.e skipping meal) = paras Ghrelin sentiasa tinggi = rasa nak makan sentiasa membuak, usually end up makan sesuatu berkalori tinggi = not good for psychology too. 2) Insulin vs Glucagon - hubungkait berkadar songsang. Insulin = trigger conversion of blood glucose kepada glycogen (gedung/stor simpanan untuk glucose); Glucagon = trigger conversion of glycogen kepada blood glucose (reverse the process, keluarkan kembali glucose dari stor simpanannya). Yang bagus kalau paras kedua-dua hormon ini sentiasa berimbang. Tapi masalahnya dalam society sekarang, Insulin saja yang selalu mencanak naik. Glucagon belum sempat nak huraikan glycogen, masuk lagi makanan yang baru, chup chap chup chap mulut asyik mengunyah (yang manis tak perlu cakap lah). Paras insulin sentiasa tinggi - glucagon sentiasa rendah. Jangan terkejut kalau orang sekarang mudah kena kencing manis.
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 13:42:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015