#3 [BERHUBUNG KENYATAAN EME DI LAMAN FACEBOOK DAN SURAT DARI JPT - TopicsExpress



          

#3 [BERHUBUNG KENYATAAN EME DI LAMAN FACEBOOK DAN SURAT DARI JPT BEM] MAKLUM BALAS DI FB EME MENGENAI PENANGGUHAN PENGHANTARAN PELAJAR MALAYSIA KE MESIR SESI 2013/2014 Education Malaysia Egypt (EME) menghargai keprihatinan pengunjung FB EME yang menjadikannya medium utama sumber rujukan informasi terkini. 2. Dalam menangani isu penangguhan penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir rentetan suasana politik Mesir yang tidak stabil dan tiada ketentuan penghujungnya, EME menerima arahan daripada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) pada 6 Ogos 2013 untuk melayarkan Surat Nasihat menangguhkan pemergian ke Mesir dengan merujuk kepada Travel Advisory yang dikeluarkan oleh KLN. EME dalam situasi ini menjadi pengantara/ penyampai yang berfungsi sebagai eksekutif, dan seterusnya membuat susulan penyelarasan (follow up coordination) di peringkat KPT Mesir dan universiti (dalam urusan yang berkaitan). 3. Sehubungan itu, berikut adalah maklumbalas EME (turut berkaitan agenda Mesyuarat Antara Agensi KBMK pada 6 Ogos 2013) kepada pertanyaan pengunjung FB kami berkaitan Travel Advisory yang dikeluarkan oleh KLN: i) Makluman penangguhan penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir keutamaannya kepada pelajar baharu sesi 2013/2014. ii) Penangguhan ini meliputi semua pelajar tajaan dan persendirian. iii) Ada penaja yang telah mengambil tindakan menyediakan penempatan sementara pelajar tajaan mereka di institusi tempatan seperti Selangor yang telah menempatkan pelajar Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan pelajar Perubatan di Universiti Selangor (UNISEL). iv) Bagi pelajar sedia ada dan sekarang sedang berada di Malaysia adalah dinasihatkan supaya menangguhkan pemergian ke Mesir dalam waktu terdekat sehingga mendapat kelulusan daripada pihak KLN (Sila rujuk perkara no. 3 surat JPT, Bahagian Education Malaysia (BEM) Ruj. Kami: JPT (UHEJPM)1000/016/033 Jld.10 (3)). v) Namun bagi mereka yang mempunyai keperluan menduduki peperiksaan dour thani/reseat paper boleh membuat pilihan datang ke Mesir (mengikut kesesuaian). vi) Untuk makluman pihak KPT Mesir dan universiti memberi isyarat pengajian berjalan macam biasa dan tiada kes darurat dengan pengecualian untuk pelajar tempatan atau antarabangsa. vii) Pihak EME akan berurusan dengan KPT Mesir dan universiti terbabit untuk mengeluarkan arahan penangguhan bagi mengelakkan pelajar tertinggal dalam sesi pembelajaran (jika keadaan masih bergolak dan tidak menentu). viii) Pihak KLN bersama KBMK dan KPT bersama EME akan menilai situasi Mesir berhubung isu keselamatan dari masa ke semasa. Arahan pematuhan nasihat perjalanan atau Travel Advisory ini kekal hingga ada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan. EME akan terus mengemaskini informasi semasa untuk dimaklumi dan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terbabit. “1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Saya Yang Menjalankan Tugas, (DATUK PROF. MADYA DR. HJ. SU’AIDI DATO’ HJ. SAFEI, D.P.S.M ) Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 09:52:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015