4. Laknat dan cercaan terhadap Amirul Mukminin AliSalah satu - TopicsExpress



          

4. Laknat dan cercaan terhadap Amirul Mukminin AliSalah satu kezaliman yang besar terhadap Ali bin Abi Talib ialah terlalu banyak perseteruan dan maki hamun terhadap beliau. Pengasas perbuatan keji dan anti-agama ini tidak lain tidak bukan, ia adalah Muawiyah bin Abi Sufyan sedangkan terdapat tokoh-tokoh muslim jahil yang masih memujinya.Dia adalah seorang yang menyudahkan solat Jumaat atau solat-solat yang lain dengan mencerca Ali di atas minbar sehinggakan mengeluarkan arahan kepada setiap khatib agar melaknat Ali di setiap pelusuk kota.Hamawi, yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah berkata:وأجل من هذا كله أنه لعن علي بن أبي طالب رضي الله عنه على منابر الشرق والغرب...وهو يلعن على منابر الحرَمين مكة والمدينة،...Ali bin Abi talib dilaknat di atas minbar-minbar Timur dan Barat…sehingga di atas minbar-minbar Haramain Makkah dan Madinah… Muʻjam al-Buldan jilid 2 halaman 432.Zamakhshari dan Suyuthi yang merupakan cendiakawan besar Ahlusunnah berkata sepanjang zaman pemerintahan Bani Umayyah, Ali telah dilaknat di atas lebih seribu minbar dan pengasas sunnah ini ialah Muawiyah. - Rabiul Abrar Zamakhshari, jilid 2 halaman 186, al-Nishaʻ al-Kafiyah Muhammad bin ʻAqil halaman 79, al-Nash wal Ijtihad halaman 496Apakah sebab penghinaan ini? Sampai ke hari ini soalan berakar umbi dengan keanehan di dalam spiritual dan psikologi umat Islam yang disusuli dengan persoalan berikut:Tidakkah Ali bin Abi Talib salah seorang sahabat Nabi?Tidakkan beliau termasuk sebagai khalifah dan pengganti Rasulullah?Tidakkah menantu Nabi dan isteri beliau merupakan sebahagian daripada diri baginda?Apakah beliau bukan seorang muslim sampai diperlakukan begini? Tidakkah Nabi bersabda: Penghinaan terhadap sesorang muslim adalah fasik? (سباب المسلم فسوق) - Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 94, Sahih Muslim jilid 1 halaman 58, bab sabda Nabi tentang menghina seorang muslim adalah fasik.Oleh itu, mengapakah mencerca dan melaknat Ali tidak ada hukumnya dari sisi syariat dan hukum hakam?Bagaimana mungkin pembentukan kerajaan Muawiyah tidak menjadi utuh tanpa cercaan terhadap Ali? Berasaskan nukilan Ibnu Asakir, Marwan berkata kepada Imam Ali Zainul Abidin:ما كان في القوم أحد أدفع عن صاحبنا من صاحبكم يعني عليا عن عثمان قال قلت فما لكم تسبونه على المنبر قال لا يستقيم الأمر إلا بذلكتاريخ مدينة دمشق لابن عساكر : 42 / 438 ، الصواعق المحرقة ص 33 ، النصائح الكافية ص 114 عن الدار قطنى ، شرح نهج البلاغة : 13 / 220 . Ketika Uthman dikepung, tidak ada orang yang membelanya seperti Ali. Imam Ali Zainul Abidin pun bertanya: Oleh itu, kenapa kalian mencercanya di atas minbar? Jawab Marwan: Pengasasan kerajaan kami tidak menjadi utuh tanpa cercaan itu. - Tarikh Dimasyq Ibnu Asakir, jilid 42 halaman 438; al-Shawaiq al-Muhriqah halaman 33; al-Nashaish al-Kafiah halaman 114; Syarh Nahj Balaghah jilid 13 halaman 220.Apakah yang terjadi? dalam sejarah Islam apabila Umar bin Abdul Aziz membuat keputusan menghalang laknat ke atas Ali, maka orang ramai dari sudut dan tepi masjid menjerit:السنة السنة تركت السنةSunnah! Sunnah! engkau meninggalkan sunnah Nabi! - Al-Itb al-Jamil, halaman 74-75; Nashaih al-Kafiah halaman 116; Tahni’ah al-Siddiq al-Mahbub Hasan al-Saqqof halaman 59; Syarh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jilid 13 halaman 222.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 16:46:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015