5 Jenis Makanan Yang Sesuai Diambil Ketika - TopicsExpress



          

5 Jenis Makanan Yang Sesuai Diambil Ketika Berpantang Pengambilan makanan yang bersesuaian semasa berpantang adalah amat penting untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Khasiat dan zat daripada makanan dapat memberikan nutrien, mengembalikan tenaga serta memulihkan luka pada bahagian-bahagian badan semasa bersalin. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu semasa berpantang: 1. Bijirin - Anda boleh mengambil nasi, roti, biskut dan oat, spageti dan pasta 2. Ikan Digalakkan mengambil ikan-ikan segar seperti ikan haruan dan ikan yu kerana boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran 3. Sayur-sayuran Sayur-sayuran membekalkan vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Peria, sawi, lobak dan ubi kentang boleh diambil sebagai menu anda. 4. Ayam dan daging Ayam biasa tidak sesuai diambil semasa berpantang kerana dikhuatiri mendapat gatal. Jadi, ayam didik, ayam selasih dan ayam kampung adalah gantinya. Jika anda mengidam nak makan selain daripada ayam, burung puyuh dan burung merpati adalah pilihan terbaik. 5. Buah-buahan Ibu-ibu yang berpantang boleh memakan buah-buahan saperti epal merah, kurma, buah zaitun, buah tin, buah delima, aprikot dan buah pir. facebook/gallus.boutique
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 03:19:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015