5TH Silent Knight Asia Karate Cup 2014 telah berlangsung di - TopicsExpress



          

5TH Silent Knight Asia Karate Cup 2014 telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 15 hingga 16 Februari 2014. Kejohanan ini menampilkan atlit-atlit dari benua Asia seperti Uzbekistan, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Singapura selain dari kelab-kelab karate dari seluruh Negara. Kelab Karate KPTM Kuantan telah menghantar penyertaan seramai 7 orang. Atlit-atlit Karate KPTM Kuantan telah menunjukkan kecemerlangan pada kejohanan ini. Kejutan pertama dihasilkan oleh Paulus Ngau Yermiah yang berjaya melangkah ke separuh akhir acara Senior lelaki bawah 55 kg. Namun begitu beliau di tewaskan oleh atlit kebangsaan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA yang lalu. Pingat gangsa seterusnya di sumbangkan oleh Nur Farhanim Rahman didalam kategori Senior wanita melebihi 68kg dan juga Nur Izzate Azman bagi kategori senior wanita bawah 68kg. Mereka masing-masing ditewaskan oleh atlit dari Singapura dan juga Thailand di peringkat separuh akhir. Semangat juang atlit-atlit karate KPTM Kuantan patut diberi pujian kerana tidak gentar menghadapi lawan yang lebih senior dan berpengalaman. SYABAS!!!
Posted on: Wed, 19 Feb 2014 03:06:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015