6. TURUT DIKENALI SEBAGAI HARI MA’LUMAT Firman Allah SWT di - TopicsExpress



          

6. TURUT DIKENALI SEBAGAI HARI MA’LUMAT Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 28: لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan manfaat/faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (hari ma’lumat), kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Ulamak menafsirkan hari ma’lumat sebagai hari yang ditentukan oleh Allah SWT dengan pelbagai jenis kelebihan dan fadhilat. Ianya bukan sekadar kelebihan akhirat semata-mata, tetapi turut membabitkan kelebihan duniawi. Menurut Mujahid seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir di dalam tafsirnya, yang dimaksudkan dengan menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah di dalam awal ayat di atas ialah keampunan di akhirat, dan keuntungan perdagangan di dunia. haji Keuntungan akhirat adalah sesuatu yang pasti perlu direbut oleh para jemaah haji. Sementara manfaat atau keuntungan perdagangan di dunia pula disebut oleh Mujahid dalam ulamak salaf yang lain sebagai konteks realiti duniawi zaman dahulu. Pada zaman sekarang, memang tidak dinafikan yang keuntungan berniaga akan berlipat ganda khususnya bagi penduduk tanah Haram. Akan tetapi kita perlu menyempitkan maksud keuntungan duniawi dalam sektor perdagangan sahaja. Umat Islam perlu memanfaatkan perhimpunan 3 juta manusia ini untuk menatijahkan manfaat serta kekuatan yang lain. Bagi pemimpin negara umat Islam, inilah masa mereka berbincang memikirkan kesatuan dan kemajuan masing-masing. Kekuatan muslim perlu dijana semasa perhimpunan agung ini, semoga roh-roh yang baru menunaikan ibadah haji pulang ke tanah air masing-masing dengan semangat yang tinggi serta kesatuan yang jitu. Inilah masanya untuk menyatakan kemarahan kepada musuh Islam dan musuh keinsanan. Negara Muslim yang kuat membantu negara Muslim yang lemah. Muslim lama membantu muslim muallaf. Muslim minoriti berkongsi pengalaman dengan muslim majoriti di negara masing-masing. Bagi saya, inilah manfaat duniawi yang terbesar sepatutnya dicari oleh para hujjaj semasa musim haji. Dalam masa yang sama, umat Islam juga diminta untuk memperbanyakkan bacaan takbir sebagai tanda kita berzikir dan mengagungkan Allah SWT sejajar dengan ayat di atas. Bertakbir adalah amat dituntut daripada bermulanya malam 10 Zulhijjah sehinggalah hari tasyriq pada 13 Zulhijjah. 7. DIGALAKKAN MENUNAIKAN IBADAH QURBAN Di dalam surah al-Hajj ayat 28 di atas, Allah turut menggalakkan umat Islam yang mampu untuk menunaikan ibadah qurban. Mengikut jumhur, hukumnya adalah sunat muakkadah bagi yang mampu. Sementara Imam Abu Hanifah pula menyatakan hukumnya adalah wajib. Artikel mengenai falsafah ibadah qurban boleh dibaca di capaian ini. Apa yang pasti, tujuan utama menunaikan ibadah qurban bukannya semata-mata untuk mempersembahkan darah atau daging haiwan sembelihan tersebut kepada Allah, akan tetapi untuk umat Islam mengejar ketaqwaan di sisi-Nya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 37: لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. 8. WUJUDKAN RASA KEBERSAMAAN ANTARA ORANG YANG PERGI HAJI DENGAN YANG TIDAK PERGI HAJI Orang yang menunaikan ibadah qurban sebenarnya turut menyertai pesta ibadah haji. Dengan sebab itulah ada beberapa larangan kepada para hujjaj yang turut dikongsi sama dengan mereka yang berniat untuk menunaikan ibadah qurban, seperti larangan bercukur dan memotong kuku kepada para hujjaj yang sedang berihram yang turut sama dikongsi larangan tersebut kepada umat Islam yang bukan menunaikan haji tetapi ingin melaksanakan ibadah qurban. Sabda nabi Muhammad seperti di dalam riwayat Muslim: إذا دخلت العشر –أي:عشر ذي الحجة- و أراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره و بشره شيئا – و في رواية-: فليمسك عن شعره و أظفاره Sekiranya masuk sepuluh hari Zulhijjah, dan antara kamu ada yang ingin menyembelih kurban, maka janganlah menggunting/cukur rambut atau memotong kukunya (sehinggalah haiwan tersebut disembelih). Selain itu, ketika para hujjaj mengulangi talbiah sebagai simbolik kejayaan mereka menyahut seruan Allah dan juga mengagungkanNya, umat Islam yang lain di seluruh dunia turut digalakkan mengulangi takbir sehinggalah ke hari terakhir haji pada 13 Zulhijjah. Justeru, wujudlah rasa kebersamaan. KESIMPULAN 1. Marilah kita bersama-sama menyediakan persiapan perasaan untuk menyambut ketibaan Zulhijjah dengan penuh rasa rindu dan bersyukur. Malam ini, telah masuk bulan Zulhijjah, maka rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah kepada kita sepanjang 10 hari pertamanya. 2. Bagi yang masih belum mampu pergi haji, jadikanlah ketibaan Zulhijjah sebagai penanam azam dan tekad kita mengejar kemampuan melunaskan rukun Islam kelima tersebut. 3. Bagi muslim yang tidak pergi haji pada musim ini, wujudkanlah rasa kebersamaan dengan rakan-rakan jemaah haji. Selain seperti yang disebut di atas, anda boleh turut menonton siaran langsung daripada Islam Channel para hujjaj melaksanakan ibadah agung tersebut. Suatu masa dahulu, ramai salafussoleh yang tidak mampu ke Mekkah akan berhimpun di al-Masjid al-Aqsa atau di masjid tempatan mereka semasa hari wuquf, sambil berzikir mengingati Allah SWT. Siaran televisyen tempatan di Malaysia juga banyak memaparkan mengenai liputan dan dokumentari haji, tontonilah, agar timbul rasa rindu, keinginan dan kesedaran untuk menyambut seruan Ilahi.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 06:05:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015