7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak Masalah berat - TopicsExpress



          

7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak Masalah berat badan merupakan masalah yang membuatkan kita menjadi stress untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Kita juga boleh membakar lemak walaupun ketika kita makan. Antara 7 makanan itu ialah: Bawang putih/merah Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. Tomato Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. Putih telur Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi. Lada Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak. Anggur Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang. Lobak merah Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak. Timun Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik. Semoga niat untuk menurunkan berat badan di bulan Ramadhan ini berhasil dengan pemakanan yang mengandungi makanan makanan ini.
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 23:58:25 +0000

© 2015