969 not lucky number 969 not lucky numberBy THOMAS - TopicsExpress



          

969 not lucky number 969 not lucky numberBy THOMAS CHONG [email protected] Not obsessed to the number one thing is limited to the Asian community alone, but it is a phenomenon that spans a wider area in every corner of the world. Even within developed countries such as in Europe, there remains a sensitive number. In China, the numbers 3 and 8 are welcome as meaningful and rich life. 4 is a number that should be avoided because it carries the sound of death. Number 9, however, is controversial numbers. It is considered lucky in China because of sound long. In Japan, 9 however considered unlucky number, meaning suffering. In continental Europe, the number 17 is considered unlucky number because in Latin it brings the sound end of life. Contrary to 17, 13 is considered an auspicious number in Italy. But not everyone can accept 13 as a lucky number because many people see the numbers as unlucky number. In some places, the 13 day of the month that falls on Friday is considered to be the worst day in a month. Today, the number has grown obsessed to a far more serious matter and even disturbing. Specific number or combination of numbers not only reflect the identity of a people, but it hides the purpose of distrust, even hatred of racism. In Myanmar, the number 969 has been used as a symbol by the fanatical Buddhists to oppose the number 786 which is said to be a symbol of some Muslims. Why the numbers are chosen as the symbol associated with unexplained religion, but that is to be reminded that a small number of Buddhist Myanmar so obsessed to 969, especially after some of the racial riots occurred in South-East Asian countries. Reported rioting continued to spread in the beginning of Rakhine, spread to Meiktila before approaching Yangon is the largest city. What a surprise, the town of Lashio near the Burma-China border is not immune from the riots between Muslims and Buddhists. Riots in Lashio brings a message that is extremely significant religious riots in Burma is rampant and can not be taken as an isolated case. The riots that began in the Myanmar-Bangladesh border, is now spreading to the Myanmar-China border. In spite of the religious riots in Myanmar, 969 numbers play an equally important role. Wherever there are 969, that’s where racial tension is detected and the tension may change shape to riot at any time. Number 969 is a symbol that Muslims are not welcome. If this number is displayed on the premises, then it means that the shop owner does not intend to trade with Muslim people. 969 became popular after a Buddhist monk invites Buddhists do not shop at the store because of its rich Muslim trader said would destroy Muslim and Buddhist religions in Myanmar. 969 influence should not be underestimated because the Malaysian police were tracking the emergence of this movement in the Klang Valley. Some fights between citizens of Myanmar, including the cause of death has taken place at the Selayang wholesale market which is the focus of multi-ethnic Myanmar. Islam phobia phenomenon is not new in Myanmar, particularly in the area of Myanmar-Bangladesh border. High birth rates among other ethnic Rohingya Muslim immigrants from Bangladesh in the region concern the ethnic Rakhine Buddhists. Rumors spread that Islamic elements have penetrated into the office of Aung San Suu Kyi, the democracy leader and most influential women throughout Myanmar, including the ethnic minorities. Any sign of concern to Muslims Suu Kyi would invite criticism. Suu Kyi, a Nobel Peace Prize winner also like sandwiched between the two parties. Muslims claimed that he did not fight for their fate but among the Buddhists, the firm does not see Suu Kyi in voicing the rights of the majority. Islam phobia phobia of numbers means 786, a combination of numbers that is often used by some Muslims, especially from South Asia. Buddhists in Myanmar see 786 represents Muslim conspiracy to conquer the world in the 21st century as if mixed, 786 to 21. A renowned scholar of Myanmar, Dr. Maung Zarni has likened the movement against the Rohingya in Burma as a form of neo-Nazis. There is also the emblem of 969 put together with the Nazi emblem. It is thus the imagination of the anti-Jewish movement has ever done Nazis. Now that symbolizes Buddhism 969 and 786 that represents some conflicting Muslims in Myanmar, it is analogous to the time-bomb that will explode at any time to bring Burma into the larger ethnic conflict. At that time managed to reconcile with Myanmar government troops and ethnic Karen Chin which are mainly Christian minority, the issue of the Islamic population peaked with riots happened. 969 is seen by some as a symbol of unity, nationalism and it is also associated with religion. But a combination of numbers also hide the feeling paranoid and Buddhist phobia against Islam. If the phobia against Islam sentiment is not managed, it can turn to hostility and hatred. Spread rumors about the next state stoke bring bloodshed as has happened in Sitwe, Meiktila and Lashio, where mosques burned and monks killed. Therefore, the number of supported some 969 Buddhists in Myanmar not lucky, but terrible numbers that can destroy the future of the country. Credit to Closay Saw 969 bukan nombor bertuah Oleh THOMAS CHONG [email protected] TAKSUB kepada nombor bukan satu perkara yang terhad kepada masyarakat Asia semata-mata tetapi ia merupakan fenomena yang menjangkau kawasan lebih luas di setiap sudut dunia. Malahan dalam kalangan negara maju seperti di Eropah, masih terdapat golongan yang sensitif nombor. Di China, nombor 3 dan 8 dialu-alukan kerana membawa makna hidup dan kaya. 4 pula merupakan nombor yang perlu dielakkan kerana ia membawa bunyi maut. Nombor 9 bagaimanapun merupakan nombor kontroversi. Ia dianggap nombor bertuah di China kerana berbunyi lama dan berpanjangan. Di Jepun, 9 bagaimanapun dianggap sebagai nombor malang yang membawa maksud penderitaan. Di benua Eropah pula, nombor 17 dianggap nombor kurang bertuah kerana dalam bahasa Latin ia membawa bunyi berakhirnya hayat seseorang. Bertentangan dengan 17, 13 dianggap sebagai nombor bertuah di Itali. Namun bukan semua orang boleh menerima 13 sebagai nombor bertuah kerana ramai yang melihat nombor itu sebagai nombor malang. Di sesetengah tempat, 13 hari bulan yang jatuh pada Jumaat dianggap sebagai hari paling teruk dalam sebulan. Pada hari ini, taksub kepada nombor telah berkembang kepada perkara yang jauh lebih serius malahan membimbangkan. Nombor atau gabungan nombor tertentu bukan sahaja boleh melambangkan identiti sesuatu kaum, malahan ia menyembunyikan maksud kesangsian, perkauman malahan kebencian. Di Myanmar, nombor 969 telah digunakan sebagai lambang oleh penganut agama Buddha yang fanatik untuk menentang nombor 786 yang dikatakan menjadi lambang segelintir orang Islam. Kenapa nombor-nombor itu dipilih sebagai lambang yang dikaitkan dengan agama sukar dijelaskan, namun yang ingin ditegaskan ialah segelintir penganut Buddha Myanmar begitu taksub kepada 969 terutamanya selepas beberapa kejadian rusuhan kaum berlaku di negara rantau Asia Tenggara itu. Rusuhan itu dilaporkan terus merebak di mana bermula dari Rakhine, merebak ke Meiktila sebelum menghampiri Yangon yang merupakan bandar terbesar. Apa yang mengejutkan, bandar Lashio yang berhampiran dengan sempadan Myanmar-China juga tidak terkecuali daripada rusuhan antara orang Islam dan Buddha. Rusuhan di Lashio membawa satu mesej yang teramat signifikan yakni rusuhan agama di Myanmar semakin berleluasa dan tidak boleh dipandang sebagai kes terpencil. Rusuhan yang bermula di kawasan sempadan Myanmar-Bangladesh, kini merebak ke kawasan sempadan Myanmar-China. Di sebalik rusuhan agama di Myanmar, nombor 969 memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Di mana sahaja terdapat 969, di situlah ketegangan kaum dikesan dan ketegangan itu mungkin bertukar bentuk kepada rusuhan pada bila-bila masa. Nombor 969 merupakan lambang bahawa orang Islam tidak dialu-alukan. Sekiranya nombor ini dipaparkan di premis perniagaan, maka ia bermakna pemilik kedai itu tidak berhasrat untuk berjual beli dengan orang yang beragama Islam. 969 menjadi popular selepas seorang sami Buddha mengajak penganut Buddha tidak membeli-belah di kedai peniaga beragama Islam kerana kekayaan orang Islam dikatakan akan memusnahkan agama dan penganut Buddha di Myanmar. Pengaruh 969 tidak harus dipandang rendah kerana polis Malaysia turut mengesan kemunculan gerakan ini di sekitar Lembah Klang. Beberapa pergaduhan antara warganegara Myanmar termasuk yang menyebabkan kematian telah berlaku di Pasar Borong Selayang yang menjadi tumpuan pelbagai etnik Myanmar. Fenomena fobia Islam bukan perkara baharu di Myanmar terutamanya di kawasan sempadan Myanmar-Bangladesh. Kadar kelahiran yang tinggi dalam kalangan etnik Rohingya selain kemasukan pendatang beragama Islam dari Bangladesh di wilayah itu menjadi kebimbangan etnik Rakhine yang beragama Buddha. Khabar angin tersebar luas bahawa unsur Islam telah menyerap masuk ke dalam pejabat Aung San Suu Kyi iaitu pemimpin demokrasi dan wanita paling berpengaruh di seluruh Myanmar termasuk dalam kalangan etnik minoriti. Sebarang tanda prihatin Suu Kyi kepada orang Islam akan mengundang kritikan. Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Keamanan Nobel bagai tersepit di antara dua pihak. Penganut Islam mendakwa beliau tidak memperjuangkan nasib mereka tetapi dalam kalangan penganut agama Buddha pula, Suu Kyi dilihat tidak tegas dalam menyuarakan hak penduduk majoriti. Fobia terhadap Islam juga bermakna fobia terhadap nombor 786, gabungan nombor yang sering digunakan oleh segelintir orang Islam khususnya dari Asia Selatan. Penganut Buddha di Myanmar melihat 786 melambangkan konspirasi Muslim menawan dunia pada kurun ke-21 kerana jika dicampurkan, 786 menjadi 21. Seorang sarjana terkenal Myanmar, Dr. Maung Zarni telah menyamakan gerakan anti Rohingya di Myanmar sebagai satu bentuk neo-Nazi. Terdapat juga pihak yang meletakkan lambang 969 bersama dengan lambang Nazi. Ia sekali gus membangkitkan imaginasi tentang gerakan anti Yahudi yang pernah dilakukan Nazi. Kini 969 yang melambangkan agama Buddha dan 786 yang melambangkan segelintir umat Islam saling bertentangan di Myanmar, ia seakan-akan bom jangka masa yang akan meletup bila-bila masa untuk membawa Myanmar ke konflik etnik yang lebih besar. Pada ketika kerajaan Myanmar berjaya berdamai dengan tentera etnik Karen dan Chin yang mana kebanyakannya terdiri daripada minoriti beragama Kristian, isu dengan penduduk Islam pula memuncak dengan rusuhan-rusuhan yang berlaku. 969 dilihat sesetengah pihak sebagai lambang perpaduan, nasionalis dan ia juga dikaitkan dengan keagamaan. Namun gabungan nombor ini turut menyembunyi perasaan paranoid dan fobia penganut Buddha terhadap Islam. Sekiranya sentimen fobia terhadap Islam tidak diuruskan, ia boleh bertukar kepada permusuhan dan kebencian. Sebaran khabar angin pula mengapi-apikan keadaan seterusnya membawa tumpahan darah seperti yang pernah berlaku di Sitwe, Meiktila dan Lashio, di mana masjid dibakar dan sami dibunuh. Oleh demikian, nombor 969 yang didukung sebahagian penganut agama Buddha di Myanmar bukan nombor bertuah, tetapi nombor dahsyat yang mampu menghancurkan masa depan negara itu. Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Rencana/20130607/re_03/969-bukan-nombor-bertuah#ixzz2VW1yZ7dY © Utusan Melayu (M) Bhd Share this: Print Email More Like this: June 7, 2013Leave a reply « Previous Next »
Posted on: Mon, 10 Jun 2013 18:17:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015