[ AMARAN : PERINGATAN BUAT SEMUA ] Jumaat | 23 Ogos 2013 | 11.42 - TopicsExpress



          

[ AMARAN : PERINGATAN BUAT SEMUA ] Jumaat | 23 Ogos 2013 | 11.42 malam Esok 23/08/2013 bersamaan Jumaat Kemarahan akan diadakan himpunan dimulakan dengan menunaikan solat ghaib di seluruh masjid mesir. Gerakan kebangsaan juga menyebutkan masjid yang akan menjadi tempat himpunan esok iaitu : 1-masjid suhaib ar-rumi, as-syarabiah 2-masjid at-taqwa, shoubra al-kheimah 3-masjid al-quds, el-marg. Jalan ain shams 4-masjid nur al-muhammadiyah, al-matariyah 5-masjid al-aziz billah, az-zaitun 6-masjid as-salam, hayyu asyir, madinah nasr 7-masjid al-fatah, el-khlafawi 8-masjid al-hamd, tajammuk khamis 9-masjid al-mahdi, madinah salam 10-masjif al-maraghi, helwan 11-masjid ar-rayyan, al-maadi 12-masjid abu bakar as-siddiq, dar as-salam. Perarakan rakyat juga akan dilancarkan di : 1-masjid amru bin al-asr, mesir lama 2-masjid an-nur, al-abbasiyyah 3-masjid al-fatah, ramsis 4-masjid at-tauhid, ghamrah 5-masjid al-istiqamah, medan giza 6-masjid asad bin al-furat, ad-dokki 7-masjid khatimul mursalin, al-umraniyah 8-masjid khalid bin al-walid, al-kitkat 9-masjid mustafa mahmud dan maghfirah, mohandissin 10-masjid as-sobah, jalan al-haram 11-masjid al-masyari dan ar-rahmah, al-haram 12-masjid at-tauhid, nasiah juga di jalan al-arish dan jalan faisal 13-masjid al-hasry dan raghib, bandar 6 oktober --------------------------------------------------------------- Diminta seluruh warga Malaysia yang berada di Mesir untuk memperketatkan keselamatan masing-masing serta mengikut pekeliling yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah (KBMK). Makluman kepada semua ahli untuk melaksanakan perkara berikut : 1. Sentiasa membawa dokumen PENGENALAN DIRI samaada PASSPORT ataupun KAD PELAJAR (Kad PMRAM atau Kad Kuliah) jika keluar daripada kawasan penempatan. 2. Elakkan membawa buku berbentuk HARAKI (GERAKAN) atau menyentuh senstitiviti politik Mesir. 3. Elakkan bercakap dan berbincang dengan warga arab tentang politik semasa Mesir. 4. Elakkan menggunakan KOPIAH dan JUBAH ketika berada di luar premis. 5. Elakkan untuk keluar daripada kawasan penempatan jika tiada keperluan. 6. Peka terhadap keadaan dan berita semasa seperti tempoh perintah berkurung dan tempat berlakunya demonstrasi. 7. Sebarang kecemasan boleh menghubungi : - Hotline PMRAM Pusat : Ustaz Mohammad Mohamad Zain Naib Presiden III selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusian PMRAM 2013 ( 01115997712 ) - Hotline PMRAM Cawangan Yang Dipertua, Pengerusi PMRAM Cawangan masing-masing. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 21:53:45 +0000

Trending Topics



body" style="min-height:30px;">
I sat in the hospital room trying to memorize everything about
I normally have a really good friend I can vent to not the whole

Recently Viewed Topics




© 2015