ANTOLOGI SEJARAH DAN PENGENALAN KEPADA ASAL USUL DAN FITRAH - TopicsExpress



          

ANTOLOGI SEJARAH DAN PENGENALAN KEPADA ASAL USUL DAN FITRAH MELAYU PENGENALAN MELAYU. Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang, Melayu itu Alam, Melayu itu Dunia, Melayu itu Pemikiran Ketuhanan. Melayu itu budaya yang memerintah. Melayu itu bukan ertinya LAYU dan bukan seperti tafsiran yang sedia ada dalam kamus atau kenyataan yang difahamkan oleh pengkaji yang memaparkan pendapat mereka. Ia adalah satu julukan dan gelaran kepada entiti yang menjadi idola atau yang diagungkan oleh manusia kini diatas kehebatan mereka yang menjadi pencetus ketamadunan dan memberi didikan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini. Mereka yang dikatakan Melayu bukanlah manusia, ianya adalah satu entiti, satu identiti “intelligent” yang mempengaruhi arus evolusi manusia serta halatuju manusia dari mula hingga kini sehingga ke suatu masa apabila manusia sudah jauh dalam evolusinya sehingga membolehkan mereka memilih dan membentuk kehidupan mereka selari dengan fitrah diri mereka dan kaitannya dengan alam ini. Kefahaman fitrah ini adalah diatas faham kenapa manusia dijadikan dalam ertikata tahu sebab spesis mereka diujudkan dibumi ini. Ianya mestilah diatas pembentukan minda yang telah menjadi “superb” atau sempurna fungsinya sebagai “intelligent” yang menyempurnakan ilmu pengetahuanya diatas sinaran kesedaran yang terpancar dari kejernihan hatinya serta sebagai alat penyahan kekotoran dirinya sehingga terserlah ketuhanannya di kemanusiannya. Mengenal Melayu dari tulisan atau artikel “scholar” masih belum jitu dan masih jauh lagi pengenalannya terhadap Melayu itu. Sejarah yang ada adalah hasil kajian mereka yang bukan Melayu. Hanya Melayu kenal Melayu. Orang Melayu adalah “extension” Melayu. Melayu adalah nilainya dan orang itu “carrier” sahaja. Disinilah kesalahfahaman berlaku kerana ketiadaupayaan mereka untuk menyelami akan erti Melayu dan orang Melayu. Orang Melayu adalah mereka yang bersifat jasmani dan tidak semestinya Melayu kerana Melayu itu lebih cenderung kepada sifat ruhani atau setidak-tidaknya minda orang itu terbukti zahir kemelayuannya. Sifat Melayu adalah sifat yang bercirikan ketuhanan samaada mindanya, ilmunya atau budaya dirinya serta kesaktian yang tiada dapat ditandingi oleh sesiapa walaupun nyata ataupun ghaib. Melayu adalah entiti yang telah jauh evolusinya jika dibandingkan dengan evolusi dunia ini.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 22:41:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015