?APA GUNA BACA AL-QURAN TANPA MENGETAHUI MAKSUDNYA Suatu hari dia - TopicsExpress



          

?APA GUNA BACA AL-QURAN TANPA MENGETAHUI MAKSUDNYA Suatu hari dia bertanya pada datuknya: “Datuk, saya cuba membaca Al-Quran sepertimana atuk tapi saya tidak dapat memahaminya, walaupun ada sedikit yang saya fahami tapi cepat pula terlupa sebaik saya selesai membaca dan menutupnya. Jadi apa baiknya membaca Al-Quran jika tak memahami maksudnya?” Orang tua itu dengan tenang sambil meletakkan arang batu di tempat pendiangan, menjawab pertanyaan cucunya: “Cubalah ambil sebuah raga arang batu ini dan bawa ke sungai dan bawakan datuk dengan seraga air.” Cucunya itu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, “Kamu harus berusaha lebih cepat lagi.” raga arang batuOrang tua itu meminta cucunya untuk kembali semula ke sungai bersama raganya untuk mencuba lagi. Kali ini anak kecil itu berlari lebih cepat, tapi sekali lagi raganya kosong sebelum sampai ke rumah. Dalam kepenatan dan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa mustahil untuk membawa seraga air menggunakan raga arang batu itu, lalu dia pun pergi mencari sebuah baldi sebagai ganti raganya. Orang tua itu berkata: “Atok tidak mahu sebaldi air, atok ingin seraga air. Kamu harus cuba dengan lebih kuat lagi.” Dan dia turut pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi. Pada ketika itulah, anak kecil tersebut menyedari bahawa perkara ini tidak mungkin berjaya, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis keluar sebelum sampai di rumah. Anak kecil tersebut kembali semula mengambil dan mencelupkan raganya ke dalam sungai dan kemudian berusaha berlari sekuat hati, tetapi apabila dia sampai di depan datuknya, raga itu tetap kosong. Dengan termengah-mengah, dia berkata: “Datuk, perlakuan ini tidak ada gunanya, mustahil dilaksanakan. Sia-sia saja!” Datuknya menjawab: “Cu, mengapa kamu berfikiran perkara ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik raga itu.” Cucunya memperhatikan raganya dan baru dia menyedari bahawa raganya nampak sangat berbeza. Raga itu telah berubah dari sebuah raga batu yang kotor, dan sekarang telah menjadi sebuah raga yang bersih, luar dan dalam. “Cucuku, inilah yang berlaku bila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak mengerti dan tak memahami atau ingat segalanya tetapi apabila kamu membacanya, tanpa kamu sedar kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kerja Allah dalam kehidupan kita.”
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 04:01:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015