APA ITU PERAKAUNAN? Perakaunan adalah suatu seni komunikasi - TopicsExpress



          

APA ITU PERAKAUNAN? Perakaunan adalah suatu seni komunikasi maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna-pengguna seperti pemegang saham dan pengurus. Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan, seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya. Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.[3] Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, suatu disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan munasabah tetapi bukan secara mutlak - mengenai ketelusan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material). Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal akauntan adalah Institut Akauntan Malaysia (MIA) Malaysian Institute of Accountants. Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga dikenali sebagai bookkeeping. Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap pertukaran yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam satu akaun, serta satu catatan kredit yang serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem ini julung kali digunakan di Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah pihak mengakui bahawa sistem ini direka di Greece zaman kuno. Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 07:40:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015