APA ITU RESDUNG? Resdung atau sinusitis adlah masalah - TopicsExpress



          

APA ITU RESDUNG? Resdung atau sinusitis adlah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut: HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selesema berpanjangan. MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu. MATA gatal, bengkak, merah dan berair. BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam. KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur. MULUT nafas berbau, sakit gigi. Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser. Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta. Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracnial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak. MENGAPA RESDUNG TERJADI? Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana: Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk. Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung. Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung. Jangktan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah. Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum"). Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus. Selalu menyelam di air kotor serta tercemar. BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG? Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti: Jaga Pemakanan Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung. Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu. Jaga Kebersihan Sekeliling Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet. Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk. Rawatan Moden Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung. Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 08:29:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015