APA NAK JADI NGAN SUKAN NEGARA KITA ?? Berita Harian sebelum ini - TopicsExpress



          

APA NAK JADI NGAN SUKAN NEGARA KITA ?? Berita Harian sebelum ini melaporkan Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan. Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. "Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini," kata sumber . Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras kedalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia. Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Ini yang dilapor, banyak lagi kejadian tidak bermaruah yang berlaku yang telah ditutup dibawah karpet. Apa nak jadi dengan Sukan negara kita?
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 14:47:16 +0000

Trending Topics



;">
Mallala Drift school this Saturday!!! Can all students please
The Two-Headed Boy of Bengal: The Two-Headed Boy of Bengal was
Idk wat to say about this Zimmerman and trayvon stuff it angers me
German Sept CPI Unchanged Consumer prices in Germany were 0.8%

Recently Viewed Topics




© 2015