APA NI ANWAR IBRAHIM... BUATLAH DEMONSTRASI LAGI... TAK BESTLAH - TopicsExpress



          

APA NI ANWAR IBRAHIM... BUATLAH DEMONSTRASI LAGI... TAK BESTLAH KALAU TAKDAK DEMONSTRASI!!! Barangkali terkesan dengan jerebu sehingga membuatkan otaknya jadi tidak keruan, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan petang semalam kononnya, Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi PKR tidak akan membuat sebarang tunjuk perasaan dalam masa terdekat ini. Dengan kata lain, Anwar Ibrahim cuba mengubah taktik untuk menunjukkan PKR sudah mula mendekati dan mahu mematuhi undang-undang.Namun bagi mereka yang sudah kenal Anwar Ibrahim, pastinya tahu bahawa kata-kata tersebut hanyalah pembohongan dan pendustaan semata-mata. Anwar Ibrahim tidak pernah bercakap benar dan Anwar Ibrahim tidak pernah mengotakan janji-janjinya apabila dia mendapat peluang untuk menikam dan membunuh. Himpunan KL266 atau Himpunan Black505 yang diadakan di Padang Merbok merupakan himpunan yang paling gagal. Walaupun pada peringkat awalnya Anwar Ibrahim begitu yakin, Chegu Bard dengan dibantu oleh Hishamuddin Rais, Tian Chua, Haris Ibrahim dan gerombolan Adam Adli bersama rakan-rakan kecicirannya, mampu menarik lebih ramai anak-anak muda apatah lagi dengan sokongan seratus peratus oleh DAP, sekaligus menjadikan demonstrasi di Padang Merbok adalah yang terbesar dan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Itulah yang dilaung-laungkan dan itulah yang didabikdadakan oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya. Namun menjelang seminggu sebelum himpunan, Anwar Ibrahim sudah mula mengesan kehilangan momentum apabila promosi dan publisiti untuk demonstrasi tersebut tidaklah begitu hangat. Kebanyakan blog pro, Facebookers dan portal pro-Pakatan, tidak begitu teruja untuk memainkan cerita tentang demonstrasi berkenaan.
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 03:31:16 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015