APAKAH MALAYSIA JUGA BAKAL TERJADI SEPERTI INI...? ? ? ? ? ? - TopicsExpress



          

APAKAH MALAYSIA JUGA BAKAL TERJADI SEPERTI INI...? ? ? ? ? ? ? Hampir setiap hari sejak beberapa tahun lalu kita melihat dan mendengar berita sedih tentang konflik Syria dan Mesir. Apa yang berlaku di kedua-dua negara tersebut ada kaitannya dengan beberapa peristiwa penting sebelum ini khususnya 40 tahun dahulu. Pada 6 Oktober 2013 genaplah 40 tahun terjadinya Perang Arab Israel 1973 (PAI 73) atau Perang Ramadhan atau juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur. Perang tersebut bermula dalam bulan Ramadhan dan hari yan sama adalah Hari Yom Kippur iaitu hari mulia kaum Yahudi ketia mereka sedang bercuti meraikannya. PAI 13 adalah rentetan daripada Perang Arab Israel ke 3 pada tahun 1967 yang Israel telah merampas Gaza, Bukit Golan, Tebing Barat (Baitulmaqdis) dan Semenanjung Sinai daripada negara-negara Islam. Presiden Mesir ketika PAI 73 adalah Anwar Sadat, Syria dipimpin oleh Hafez Assad dan Perdana Menteri Israel Puan Dolda Meir. Manakala Menteri Pertahanan Israel adalah Moshe Dayan yang juga digelar si mata satu. Banyak buku dan sumber maklumat perang ini ditulis oleh saujana barat yang cenderung untuk memperlihatkan tentera Islam amat lemah, tidak bersatu dan mudah dikalahkan. Adakah dahulu negara-negara Arab semuanya lemah ? atau hanya mainan persepsi barat seperti apa yang berlaku hari ini ? Pada petang Ramadhan 6 Oktober 1973, Tentera Udara Mesir mula membuat serangan udara diikuti serangan meriam artileri darar bertalu-talu dari seberang Terusan Suez ke arah Semenanjung Sinai yang ditaluki Israel. Setelah 15 minit, barulah askar indantri dan komando Mesir menyeberangi Terusan Suez dengan diiringi laungan takbir oleh beberapa askar yang membawa pembesar suara. Mesir mempunyai kekuatan kereta kebal sebanyak 2,200 buah, Syria 1, 650 buah dan Israel hanya 2, 100 buah. Imbangan pesawat pejuang pula di dahului oleh Mesir sebanyak 400 buah, Syria 280 buah dan Israel 359 buah. Antara negara Islam yang serius membantu Mesir berperang ialah Iraq, Tunisia dan Libya. Iraq menghantar satu skuadron jet pejuang Hawker Hunter buatan British khusus untuk memusnahkan kereta-kereta kebal Israel. Tunisia menempatkan 900 askar infantrinya bagi mempertahankan Port Said dan Libya satu briged kereta kebal dan skuadron jet pejuang Mirage V buatan Perancis. Iraq turut membantu Syria dengan menghantar 30 ribu tentera darat yang dilengkapi 500 buah kereta kebal dan 700 kenderaan berperisai. Senjata rahsia James R. Schlesinger, Setiausaha Pertahanan AS ketika itu mengakui perancangan teliti dan strategi cemerlang Mesir dan Syria. Cuba kita renungkan apakah nasib negara-negara yang membantu Mesir dan Syria (40 tahun dahulu) iaitu Iraq, Tunisia dan Libya selepas berlakunya Arab Spring ? Dendam ini telah membuatkan Mesir dan Syria akan dihancurkan pula dengan menghasut rakyatnya. Setelah menyerang secara mengejut dan bertubi-tubi oleh Mesir dan Syria, Israel pada 9 Oktober 1973 telah mengugut AS bahawa mereka akan menggunakan senjata rahsia simpanan Israel iaitu bom nuklear jika tidak menerima bantuan ketenteraan daripada negara Uncle Sam itu. Presiden Nixon yang bimbang akan campurtangan Kesatuan Soviet di rantau Arab akhirnya melancarkan Operasi Nickel Grass untuk menghantar beberapa buah kereta kebal, pesawat pejuang dan lain-lain peralatan pertahanan kepada Israel seperti peluru berpandu, pesawat pengintip jarak jauh SR -71 bagi memantau pergerakan tentera darat dan udara Mesir. Bantuan inilah Israel pada 14 Oktober 1973 telah berjaya menyusup masuk ke Mesir dengan menyeberangi Terusan Suez menuju Kahirah. Henry Kissinger, Setiausaha Luar AS turut mencadangkan kepada Israel agar mara menyerang ibu ota Syria, Damascus. Selain daripada AS, Israel turut mendapat bantuan daripada salah seorang pemimpin Arab iaitu Raja Hussien, pemerintah Jordan. Beliau telah bertemu dengan Golda Meir Perdana Menteri Israel di Tel Aviv membuka rahsia serangan yang bakal dilakukan oleh Mesir dan Syria. Walaupun baginda juga membantu Mesir dan Syria tapi tidak yakin kekuatan Mesir dan Syria walaupun berkongsi sempadan dengan Israel dan telah melepaskan Tebing Barat dan Baitulmaqdis miliknya sejak 1967. Jika Jordan menertai PAI 73 sudah pasti semua wilayah Islam itu tidak menjadi milik Israel seperti sekarang ini. Kegigihan AS membantu Israel menyebabkan Kolonial Muammar Gadafi Presiden Libya telah memberhentikan sepenuhnya ekspot minyak kepada AS pada 19 Oktober 1973. Sehari berikutnya Arab Saudi di bawah naungan Raja Faisal, Kuwait, Qatar, Bahrain dan beberapa negara arab lain mengikut jejak Libya. Ketika itu mereka bersatu menentang musuh yang sama Israel hampir-hampir tidak mendapat sebarang bekalan minyak daripada laut akibat sekatan Tentera Laut Mesir. Namun secara senyap-senyap, Iran dibawah pemerintahan Mohammad Reza Shah Pahlavi meneruskan penjualan minyaknya kepada Israel. Iraq menjadi tumpuan negara dunia untuk sehingga Iraq diserang pada Mac 2003 untuk kuasai minyaknya walau pun tidak mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selepas beberapa kali berunding akhirnya Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai pada 17 September 1978 dalam Perjanjian Kem David atas inusiatif Presiden AS Jimmy Carter.Syria tidak pernah terlibat dengan perjanjian dengan Israel. Anwar Sadat, Raja Faisal (Arab Saudi) dan Muammar Gadafi kesemuanya dibunuh oleh bangsa mereka sendiri. Syria tetap kekalkan hubungan baik dengan Rusia sejak dulu tetapi Mesir telah beralih arah kepada AS selepas PAI 73 hingfa kini. Jika dulu tentera Mesir dan Syria melaungkan takbir ketika berperang dengan perampas tanah mereka, kini merwka bertakbir sambil berbunuhan sesama bangsa sendiri. ANASIR ASING TIDAK MEMERLUKAN KERETA KEBAL ATAU JET PEJUANG UNTUK MEMUSNAHKAN MESIR DAN SYRIA. APA YANG PERLU HANYALAH DEMONTERASI JALANAN, RUSUHAN, PENYEBARAN HASUTAN DALAM INTERNET, KEBEBASAN BERSUARA TANPA HAD, KEBENCIAN RERHADAP SESAMA BANGSA, KETAKSUNAN KEPADA PEMIMPIN TERTENTU DAN UNDANGAN PIHAK LUAR UNTUK MENUELESAIKAN MASALAH DALAMAN NEGARA. APAKAH KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR TENTANG APA YANG BERLAKU DI MESIR DAN SYRIA...? APAKAH KEJADIAN BEGITU TIDAK MUSTAHIL BERLAKU DI MALAYSIA....? ADAKAH KITA TEGA DAN SANGGUP INI BERLAKU DI MALAYSIA YANG MANA KITA DAN ANAK CUCU KITA AKAN MENGHADAPINYA...? ADAKAH ANAK CUCU KITA DAPAT MEMAAFKAN KITA JIKA INI TELAH TERLANJUR....? APAKAH MARTABAT MELAYU DAN ISLAM AKAN DAPAT DISELAMATKAN LAGI....? YA ALLAH....SELAMATKAN KAMI DARI SEGALA BALA KAFIR, SYAITAN DAN ANGKARA DAJJAL SATUKAN HATI KAMI UMAT MU SEKUATNYA DEMI AGAMA KAMI ISLAM, BANGSA KAMI MELAYU DAN NEGARA KAMI MALAYSIAAAAAAAA..... AMIIINNN
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 14:57:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015