AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN SIAPA KAH BELIAU INI DAN KENAPA - TopicsExpress



          

AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN SIAPA KAH BELIAU INI DAN KENAPA BELIAU DI KAGUMI RAKYAT PALASTIN..?/ JOM BACA.. nizarazu/siapakah-as-syahid-sheikh-ahmad-yassin Berjuang menegakkan Islam besar kelebihannya. Untuk mendapat pahala besar ini pula perlukan keikhlasan dalam berjuang. Apatah lagi apabila sudah ada jawatan dan pangkat besar, ditambah dengan sifat mazmumah dalam diri yang menggugat nilai ikhlas itu. Semua perkara ini tidak mudah, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Allah kan ada? As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin Kenapa beliau dikagumi rakyat Palestin? Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besar…Allahuakhbar!!! Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, malahan bertambah derita kerana mata kirinya yang buta dan hilang kemampuan mendengar. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata² nya diterima pakai dan dilaksanakan. Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi masa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh tersebut beliau dibebaskan. Tahun 1987, “Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah” (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yassin diangkat menjadi Amir yang pertama. Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache Israel tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu. Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yassin sendiri. “Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin pada anak²nya. Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jemaah masjid dan mrk bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap hitam nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yassin melarangnya. Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus beliau keluar beliau dibedil dgn peluru berpandu Israel termasuk para pengawal dan menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid. Kata Hikmah As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, “Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda” p/s : Al-Fatihah Dipetik daripada Oh Dunia
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 17:47:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015