ASLMKM.SELAMAT PETANG SEKALI NAFAS Kerana nafas hanya sekali Aku - TopicsExpress



          

ASLMKM.SELAMAT PETANG SEKALI NAFAS Kerana nafas hanya sekali Aku mencari wajah mu Dalam memori Namun,wajah ku cari Tenggalam pergi Pencarian aku terkandas,mati Gempita gelita liku liku ku titi Arah tiada aku bertatih sendiri Temui noktah langkah ku terhenti Berdiri aku buntu,layu,lemah,sepi Kerana nafas hanya sekali Dalam gelita kau menghulur Tangan mu untuk ku capai Dalam meraba aku terkapai Digenggam erat tangan Yang ku gapai Sehangat mentari Nur kasih mu ku semai Lantas,jiwa yang Meronta tenang kembali Kerana nafas hanya sekali Aku dipayungi kekuatan Kala dihujani kelemahan Aku diselimuti ketenangan Kala dibaluti kekalutan Aku disirami ketabahan Kala hati mati kelayuan Aku disinari keyakinan Kala hidup diambang kegelapan Oleh kerana nafas hanya sekali..... Walau sekecil debu atau sebesar zarah Setiap titisan keringat mu Amat ku hargai Tak mungkin akan terbalas Sampai ku mati
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 07:07:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015