"Abang, how much do you love me?" Azura yang sedang berbaring di - TopicsExpress



          

"Abang, how much do you love me?" Azura yang sedang berbaring di riba suaminya bersuara, mematikan keheningan antara mereka buat malam itu. Lelaki itu hanya ketawa kecil, faham yang isterinya itu mahu bermanja dengannya. Melihatkan masih tiada sebarang tanda yang suaminya akan menjawab pertanyaannya, dia mengulang soalannya dengan nada rajuk yang dibuat-buat. "Abang... jawab la Zura tanya ni... how much do you love me?" Lelaki itu akur. "Aha. Okey, okey. Erm, abang cintakan Zura macam... harga minyak." "Harga minyak? Maksudnya?" Dahinya berkerut, tidak faham. "Yeah, harga minyak. Selaluuu naik, tak turun-turun." Jawapan itu disambut dengan ketawa oleh kedua-dua mereka. Setelah ketawanya reda, Azura bertanya lagi pada suaminya. "Ooo... macam harga minyak ya. Okey, macam mana kalau harga minyak turun? Maksudnya bila kerajaan dah tukar nanti. Perkara tu tak mustahil kan? Does that mean your love for me will decrease too?" Sengaja dia bertanya sebegitu, mahu menguji suaminya. Dia tahu, suaminya itu pasti akan membalas balik dengan kata-kata manis untuk menghiburkan hatinya. Dan sesungguhnya itulah salah satu sifat yang membuatkannya jatuh cinta pada lelaki itu. Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam. Tangannya masih lagi membelai-belai kepala isterinya, bermain-main dengan rambut wanita itu yang mengurai panjang. Setelah beberapa ketika berlalu, dia akhirnya bersuara. "Ya, hari itu akan tiba." Azura kelihatan ingin membuka mulut, bertujuan mahu memprotes lelaki itu setelah benaknya mencerna implikasi kepada jawapan tersebut. Namun lelaki itu terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di bibir, tanda ingin isterinya itu diam dan membiarkan dia menghabiskan kata-katanya. Azura akur. Suaminya itu hanya tersenyum. "Ya, hari itu akan tiba. Bukan hari di mana cinta abang untuk Zura akan berkurang, tapi hari di mana Tuhan memutuskan untuk menunjukkan yang Dia menyayangi abang lebih dari Zura mencintai abang. Hari di mana Dia mengutuskan seorang lelaki lain yang mungkin jauh lebih baik dari abang untuk menggantikan tempat abang dalam hidup Zura, bagi menyambung tugas yang tak dapat abang jalankan lagi. Untuk memberi cinta dan menjaga Zura dengan sepenuh hati." Senyuman lelaki itu tidak lekang dari wajahnya yang tenang. Wajah yang begitu berlawanan dengan wajah kepunyaan Azura, yang mula menunjukkan tanda-tanda kesedihan yang tak terucap dengan kata-kata. Dia langsung tidak menyangka yang kata-kata itu akan keluar dari mulut lelaki yang dicintainya itu, namun jauh di sudut hatinya dia tahu, yang itu merupakan kebenaran yang tidak mustahil untuk berlaku. - fin -
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 09:20:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015