Ada 2 (Dua) cara untuk menaikkan Martabat Kelab Bolasepak . Cara - TopicsExpress



          

Ada 2 (Dua) cara untuk menaikkan Martabat Kelab Bolasepak . Cara Pertama : Membina dari bawah seperti yang dilakukan Kelantan . Bermula dengan Liga FAM dan terus melonjak naik sehingga Juara Treble Liga-M . Cara ini tidak memerlukan banyak duit tapi perlukan kerja keras setiap pemain bagi menempa nama di persada antarabangsa . Justeru , kelab juga akan menjadi salah satu gergasi di sesebuah liga . Antara pemain yang berjaya digilap ialah Badhri Radzi . Cara Kedua : Merevolusikan sesebuah kelab dengan Menjenamakan semula atau memberi kelab nafas baru dengan membeli pemain Bintang seperti yang dilakukan JDT . Proses ini memerlukan tahap kewangan yang utuh serta stabil supaya tidak mencapai kebankrupan . Cara ini pantas dan kejayaan masih belum dijamin tapi sudah selangkah menempa nama sebagai sebuah gergasi di sesebuah liga . Walau macam mana pun cara untuk menaikkan nama pasukan , ramai berharap bahawa Liga Malaysia akan menjadi sebuah liga elit di dunia . Kehadiran penonton dan sorakan padu dari mereka sangat diharapkan . Tidak guna beli bintang DUNIA sekalipun jika bermain di stadium yang kosong . Ayuh Meriahkan Liga Kita ! Ini Rumah Kita , Ini Liga Kita , Kebanggaan kita ! Hapuskan Bookie dan Rasuah ! Sekian Majulah Sukan Untuk MALAYSIA ! #CR (Y) -------> Skuad Bola Sepak Malaysia
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 09:21:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015