Ada orang memberi pandangan pada saya: Kenapa ambil staff yang - TopicsExpress



          

Ada orang memberi pandangan pada saya: Kenapa ambil staff yang ramai dan sewa office sedangkan hanya membuat bisnes internet sahaja. Buat pening kepala jer nak fikir overhead setiap bulan. Buat seorang pasti lebih menguntungkan! Pandangan saya: Saya terpaksa! Memang benar dahulu saya boleh hanya sekadar berkain pelikat duduk di rumah dan berniaga secara online. Tetapi pada satu tahap, alhamdulillah order saya semakin banyak dan saya terpaksa menanggal kain pelikat dan memakai seluar jeans atau slack. Saya perlukan orang yang membantu agar gerak kerja lebih efisien. Anda mungkin rasa kalau saya buat semua benda sendiri, lebih menguntungkan. Sebenarnya tidak! Saya perlukan staff dan team untuk bersama saya mencapai matlamat kami bersama. Dengan adanya mereka, alhamdulillah saya boleh fokus pada marketing dan selebihnya mereka akan membantu. Sebab itu sistem perniagaan itu sangat penting. Supaya segalanya akan lebih terurus dan jualan dapat di tingkatkan. Ikhlas, Raja Safuan p/s: InsyaAllah pada 25 Januari 2014 ini saya akan lancarkan servis terbaru untuk anda semua! Biasanya kami bantu syarikat-syarikat offline tetapi kini kami buka sayap lebih besar lagi agar lebih mudah terbang dan bantu kalian semua. Nantikannya!!!
Posted on: Tue, 21 Jan 2014 06:07:25 +0000

© 2015