Ada orang tanya saya: Safuan, idea perniagaan saya ditirulah. - TopicsExpress



          

Ada orang tanya saya: Safuan, idea perniagaan saya ditirulah. Alamak habislah jualan saya macam nie. Mesti terjejas. Jawapan saya: Pertama sekali saya nak ucap TAHNIAH! Tahniah kerana idea perniagaan anda telah ditiru. Itu menunjukkan bahawa idea anda adalah "BRILLIANT!". Rezeki itu datangnya daripada Allah dan ianya sangat luas. Bukan hak kita untuk mengatakan akan terjejas. Mari kita lihat juga kepada perniagaan barat, banyak jenama barat seperti Mc_, Domi__, De__ dan pelbagai lagi ditiru. Tetapi adakah jualan mereka terjejas? Ianya tidak sama sekali dan mereka terus bertahan didalam industri mereka. Mengapa? Apabila perniagaan mereka ditiru dan mereka adalah pioneer, maka ia telah membawa satu level lagi yang berbeza didalam perniagaan mereka. Mereka terus mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Ianya sama juga terjadi kepada beberapa jenama Malaysia dan Asia. Tidak perlu gusar dengan peniruan sebab ianya lumrah dan kita perlu lebih kreatif dalam memantapkannya dan memberi keunikkan. Ikhlas, Raja Safuan p/s: Sekarang ini semakin ramai menggunakan "Ada orang tanya saya:" lah. Alhamdulillah ^_^
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 04:33:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015