Ada tiga kejadian aneh saya alami. Satu kejadian semasa bertugas - TopicsExpress



          

Ada tiga kejadian aneh saya alami. Satu kejadian semasa bertugas di sebuah rumah anak-anak yatim, dalam bulan Ramadan. Ketika saya berada seorang diri di pejabat sedang melihat monitor computer, tiba-tiba belakang baju saya ditarik orang. Saya toleh ke belakang tidak sesiapa. Kemudian ketika saya berada di halaman atau porche bangunan rumah anak yatim, sedang berbual dengan dua orang tetetamu, sekali lagi belakang badan saya ditepuk orang. Saya toleh ke belakang tiada sesiapa. Baru-baru ini saya pergi ke Kampong Pasir, Johor Bahru, untuk menikmati hidangan di sebuah warung. Kiri kanan depan belakang kawasan tersebut hutan. Apabila saya hendak duduk menikmati hidangan, belakang baju saya ditarik orang. Apabila saya toleh ke belakang tiada sesiapa pun. Hairan dan aneh saya rasakan.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 13:15:14 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015