Aduhaiiii... Apalah kiranya nasib Perubatan Islam di tanah air - TopicsExpress



          

Aduhaiiii... Apalah kiranya nasib Perubatan Islam di tanah air tercinta Malaysia hari ini? Tanpa proses diagnos yang betul, tanpa etika sebagai perawat yang cermat, SEMUDAHnya meletakkan dakwaan pesakit itu disihir, bersaka, ada dampingan, berkhadam dan sebagainya. Aduhai... Alahai... Sememangnya perkara sam’iyyat (ghaibiyyah) perlu diimani dan diyakini akan kewujudannya sebagai pelengkap kepada kerukunan Iman kita. AKAN TETAPI... Jika terlalu percaya, sehingga semua perkara dikaitkan dengan jin, saka, dewa, jembalang, puaka dan sihir semata, itu tidak dipanggil percaya, itu dipanggil TAKSUB. Kalau ditegur marah, kerana kebanyakan yang membuat dakwaan pelik-pelik sehingga kelihatan tidak relevan dengan penyakit yang dihidapi pesakit, adalah dari mereka yang sering muncul di kaca televisyen, corong radio dan media majalah. Malahan ada pula yang menohmah sang faqir dengan kata-kata, asyik dia saja betul, orang lain salah. Aduhai... Let me give YOU a VERY Clear statement, andai perkara itu sememangnya BETUL menurut PRINSIP KEILMUAN ROHANIAN & PERUBATAN ISLAM, kenapa perlu ianya dilabel salah? Sang faqir tidak pernah menuduh kalian salah, cuma sang faqir memberi gambaran akan perbuatan atau amalan yang tidak bersesuaian dengan etika Perubatan Islam yang sebenar. Mungkin ini juga sebab kenapa Perubatan Islam tidak dapat berada di kedudukan yang sebenar sepertimana TCM (Traditional Chinese Medicine), dek kerana perkara momok sering menjadi dakwaan utama... Aduhaiii... Bukan bermaksud jua menolak dakwaan tersebut, tetapi perlu difahami, mereka yang sakit hadir bukan untuk bertujuan menambahkan sakit mereka dengan dakwaan yang tidak memberi faedah kepada proses kesembuhan mereka. Adapun sumber berdasarkan : 1) Kasyaf 2) Mata Bashiroh 3) Ladunni Bukanlah sesuatu yang perlu diGEBANG-GEBANGKAN, orang yang sebenar-benar kasyaf, tidak akan MENGAKU dirinya Kasyaf, apatahlagi Ladunni. Adapun perihal ketiga-tiga ahwal di atas, tidak terlepas dengan belenggu AJMAUN (barisan tentera syaitan yang bertugas menyampaikan sesuatu seumpama Ilham padahal ianya adalah sesuatu yang menyesatkan), oleh sebab itu, setiap sumber daripada 3 perkara di atas perlu melalui TAPISAN, bukan sewenang-wenangnya diucapkan. Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. Cukuplah dengan hanya melakukan tugas kita, ucapkanlah kata-kata atau kalam yang boleh menyedarkan pesakit kembali kepada ALLAH dan RasulNYA, lebih RAPAT dengan ALLAH dan RasulNYA, bukan rapat dengan Perawat dan Dakwaannya. Bimbang suatu ketika, paracetamol dan aspirin di klinik dan kedai sold out kerana diborong oleh kaum jin, akibat serangan migraine dan tekanan kerana menerima dakwaan serta tuduhan melulu dari manusia tanpa usul periksa. ALLAHu ROBBuna Wa ROBBukum...
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 07:11:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015