Afiq Ifwat Farish Ariq Irwan Farish pesanan terakhir dari - TopicsExpress



          

Afiq Ifwat Farish Ariq Irwan Farish pesanan terakhir dari daddy: Salam anak anak ku.... Belajarlah berterus terang, dengar cakap dan pesanan dari org yg mendidik kamu. Jgn mudah terhasut utk membuat perkara yg tidak baik sama ada dari diri sendiri atau pun rakan-rakan, utamakan pelajaran dunia dan akhirat. hormati org yg mendidik kamu untuk menjadi berguna. Sayangi diri kamu sebaik mungkin kerana kemudian hari tidak akan ada org yg lebih berhak utk menyayangi kamu sebaik diri kamu sendiri... Setiap perbuatan kita yg betul atau yang salah haruslah kita akui dengan sebetul betulnya, kerana keputusan untuk membuat sesuatu itu terletak di dalam diri kita sendiri. Janganlah sekali kali untuk menghampiri sifat menipu dan berbohong kerana itu akan merosakkan jiwa kita. Buangkan sikap riak dan dengki kerana itu menghitamkan hati kita. jgnlah kamu menganaiya org lain kena suatu hari pasti kamu akan dianaiya.... Pastikan mencari walaupun sedikit nilai positif utk setiap yg berlaku samaada yg baik atau pun yg buruk. Pahamilah, setiap episod cerita di dunia ini ada dua jalan ceritanya..jgn terlalu cepat mudah membuat keputusan Memilih teman yg sesuai dgn kita. Jangan 100% atau terus menilai seseorg atau sesuatu keadaan tanpa usul periksa, atau dari luaran nya sahaja..selami dan pahami seluruhnya... bercakap benar akan terus berada di dalam otak kita, jadi kita tidak akan lupa...tetapi apabila kita berbohong, lama lama kita akan lupa apa yg kita cakapkan..jadi kalau tidak di ketahui sekarang, lambat laun pasti akan tahu juga. Kerana berbohong itu ada imaginasi yg cukup kuat , yg tidak tetap.. kamu di berikan otak dan emosi/hati untuk membuat sesuatu perkara samada melalui mata, telinga, tangan, kaki, dan lain lain...baik atau buruk bergantung kepada otak dan emosi/hati kita... jgn sekali kali lupa perkataan di bawah di dlm diri kita:- 1. Please 2. Thank you 3. Sorry 4. May I 5. I Love you Jgn sekali kali ambil sesuatu yg bukan milik kita...kerana mungkin org tersebut lebih memerlukan dari kita. Usahalah atau meminta dari sumber yg sesuai... Jgnlah terlalu berbangga dgn apa yg kita ada, tetapi insafi atas apa yg kamu lakukan utk memiliki apa yg kamu ada...kemudian ratapi atau renungkan atas org yg tidak memiliki apa yg kamu miliki...sesungguhnya ini akan membuatkan kamu lebih menyayangi dan menghargai apa yg kamu miliki... tiada yang mudah di dunia ini...semuanya mesti bersusah payah...kamu tidak akan mampu berlari sebelum kamu berjalan, kamu tidak akan mampu berjalan sebelum kamu mampu berdiri...semua itu perlukan latihan...pahami aturcara dahulu sebelum melakukan latihan..fikir dahulu kerana ia akan mengelakkan kamu dari membuat kerja yg sia sia...benda yg senang di dunia ini hanyalah untuk benda yg tidak bernyawa, kerana semuanya di lakukan oleh org lain...seperi kita di dunia ini...semuanya susah..tetapi tidak payah..kecuali mati kerana apabila kita sudah mati..kita tidak akan dpt berbuat apa apa lagi dgn sendiri tetapi mengharapkan org lain sahaja.. apabila kamu dlm kesusahan...tariklah nafas sedalam dalamnya dan cuba bernafas seperti biasa...kerana otak dan hati kamu akan dpt berfungsi dgn lebih baik untuk menyelesaikan segala masalah kamu jgn berdiam diri atas apa yg berlaku atau apa yg kamu rasa kamu perlu luahkan...beritahu dgn cara yg baik... Ramai manusia akan lebih ingat atas benda benda buruk yg kita pernah lakukan, mereka amat susah untuk mengingati atas perlakuan baik kita...hanya sedikit sahaja yg mampu menghargai jasa baik kita...selalunya apabila kita mati sahaja org akan cuba ingati kebaikan kita..tetapi sudah tidak ada maknanya untuk kita... seburuk buruk manapun kejadian....pasti ada kebaikannya... segala kejadian bermula dari akarnya yg hasil dari benihnya...jagalah akar dan pastikan cerita bermula dari akar... jgn menuding jari ke org lain kerana akan ada lagi 4 jari menuding kepada kamu...jadi sebelum cuba menyalahkan org lain, salahkan diri sendiri dahulu... setiap proses dlm hidup kita...akan mempunyai pelbagai pilihan...tidak ada satu pun jalan pilihan yg paling selamat kerana hidup kita seperti rantai yg tidak putus putus...kalau tersilap, jgn takut untuk mengubah ke haluan lain yg mungkin lebih betul...tetapi ingatlah..ianya mungkin akan lebih pahit dari sebelumnya... berusahalah untuk menjadi seorang yg : 1. yg boleh di percayai 2. menepati janji 3. amanah 4. berterus terang pilihlah samaada kamu hendak menjadi seorang yg biasa atau pun seorang yg extra ordinary...adakah kamu hendak menjadi sebahagian buah apple merah yg penuh di dlm bakul ataupun sebiji apple hijau...yg biasa ini terlalu byk and predictable....yg extra ordinary ini rare dan amat susah difahami. Perlu menyelami dahulu dan pahami setiap kelakuan dan perlakuan mereka dan barulah dapat kita kenali yg sebetulnya...selalunya org yg extra ordinary ini seperti bawang yg mempunyai byk lapisannya.... berfikirlah lebih banyak dan lebih dari biasa...kerana pemikiran tidak hanya didepan kamu sahaja...tiada had didlm pemikiran...tiada saiz, tiada sempadan... buatlah keputusan kamu sebaik baiknya dan tanyalah diri kamu adakah keputusan ini adakah untuk now, short, mid or long...ataupun keputusan yg berangkai rangkai.. pahamilah sebetul betulnya dan sedalam dalam nya dan bezakan apa itu undang undang dunia, apa itu adat dan apa itu undang undang Allah...pahami betul betul..jgn cuma dgr dari org lain sahaja...kerana agama yg Allah turunkan ini perlukan pemahaman perkataan "modest" apabila kamu rasa tertekan, kamu bacalah pesanan dari daddy ini...mungkin sekarang kamu masih belum mampu untuk memahami semuanya, tetapi kalau di ulang ulang, nescaya satu hari nanti pasti kamu akan memahaminya... selamat berjuang kerana perjuangan kamu hanya akan tamat apabila kamu hembuskan nafas kamu yang terakhir.....Wassalam
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 01:07:20 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015