Aidilfitri akhirnya tiba. Ramadhan bakal berlalu. Dihari yang - TopicsExpress



          

Aidilfitri akhirnya tiba. Ramadhan bakal berlalu. Dihari yang mulia ini, admin Abe Pozi, pemilik fanpage dan admin Sohok Jebeng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua likers, semua peminat bolasepak Kelantan, semua pemain TRW termasuk pihak KAFA dan tak lupa semua rakyat Kelantan yang disayangi. Dikesempatan ini juga, kami memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan, kritikan, sindiran dan apa saja yang tidak disenangi yang datang dari kami. Sesungguhnya tanpa anda, apalah sangat fanpage Kelantan FA ini. Dalam pada kita berseronok di Aidilfitri, jangan lupa kepada mereka yang serba kekurangan dan tidak mampu menyambut semewah yang kita ada. Zakat fitrah dan settle ke belum? Sama2 juga kita berdoa agar umat Islam di Syria, di Palestin, Gaza, Mesir dan di mana jua saja di dunia ini agar mereka dilindungi oleh Allah di dunia dan di akhirat. Di antara kegembiraan Syawal dan kesedihan mengakhiri Ramadhan, sama2 kita renung semula adakah bulan Ramadhan yang lepas mampu membentuk kita menjadi Muslim yang cemerlang kerana tiada siapa boleh pasti bahawa kita bakal bertemu lagi dengan Ramadhan mendatang. Sekian Assalamualaikum wbt
Posted on: Wed, 07 Aug 2013 07:50:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015