Akhirnya Aku Tewas Oleh Perempuan. Cerita berlaku hampir 9 tahun. - TopicsExpress



          

Akhirnya Aku Tewas Oleh Perempuan. Cerita berlaku hampir 9 tahun. Masa ini tengah buat Latihan Industri dengan nama lain, prektikal. Aku prektikal sorang2 bawah seliaan Shahrul Nizam Ahmad. Aku ni kasar sikit orangnya dengan berkepala botak dan berseluar jeans sepanjang masa kiranya nampak sikit gangster. Mulut aku pon leh tahan lasernya. Tak kire tempat. Masa belajar? Sape berani sentuh gua beb. Aku ramai geng. Tak caye tanya Mohd Nasrul. Setakat pompuan tempat aku belajar aku buli je... Ramai gak la student pompuan aku sakat menanges2. Haha. Nak dijadikan cherita, satu pagi aku ke tempat prektikal. Awal lagi masa tu dalam kul 7 pagi. Lupa nak bagitau, aku prektikal kat kedai komputer dan cyber cafe. Wahh... Nampaknya En. Shahrul Nizam Ahmad buka kedai awal pagi sebab ramai student nak guna komputer untuk siapkan assignment. Sesampainya aku depan pintu kedai, aku dh dgr sayup2 suara radio. Alamak, spoil la pagi2 lagi dengar nasyid. Abis nasyid tu siap ada tazkirah pulak. Aku apa lagi, "Ni sape pulak pagi2 nak berdakwah ne!!". Kononnya nak perli 2nd boss. Hehe. So, aku wat la kerja harian aku mengemas kedai bagai. Lama tu, ada la sorang pelanggan dah siap buat urusan dia dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Aku kira semua sekali harga sekali ngan print. Masa nak bagi balance duit dia, aku terpandang mata dia. Aa.. Pelanggan ni pompuan. Masa tu dia berpakaian jubah dan bertudung labuh. Sekali dia pon pandang wa beb. Sekali wa terus kaku takleh bergerak. Macam kena tindih kat hantu pon ada. Masa tu aku ingt hanya aku ngan dia je. Sekeliling aku yang aku ingat semuanya berlatarkan putih. Dahi aku mulai berpeluh... "Lain kali cakap tu elok2 ye". Aku dengar pompuan tu cakap kat aku tapi bibirnya tak bergerak. Cuma dia pandang direct ke mata aku. Aku terdiam takleh wat pape. Lamanya hanya Allah yang tahu aku berkeadaan kaku begitu. Lepas pompuan tu alihkan pandangan dia kat aku, tiba2 je aku leh bergerak dan keadaan sekeliling aku jadi normal. "Kau ni pehal bi?", tanya En. Shahrul Nizam Ahmad. Aku diam. Lepas pompuan tu da takde, aku tanya penyelia aku tu. "Ko nampak tak tadi Yo?". "Nampak... Ko tengok dak tu, berpeluh2 dan tak bergerak2". "Aku kena sound da...", kataku cemas. Jantung aku dari start kaku sampai normal berdegup kencang. "Dia sound aku tadi Yo". En. penyelia tengok aku kehairanan. "Dia sound ko cane?". Aku pulak pelik. "Ko tak dengar ke Yo?", soalku. En. penyelia geleng2 kepala. Aduh! Sah dah wa kena sound di dimensi ketiga ne. "Tu la ko, nak cakap jangan sembarangan", bentak En. penyelia aku. "Mana la aku tau tadi ada ustazah Yo". Lepas dari peristiwa tu, aku lau nampak dak pompuan tu, aku rela pusing jauh dari berselisih dengan dia. Mau kena karan lagi aku kat dia. Dak pompuan tu senior aku dan pengalaman itu jadi satu misteri dalam hidupku...
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 20:31:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015