Aku terima nikah Noor Diyana Bt Che Othman dengan mas kahwinnya - TopicsExpress



          

Aku terima nikah Noor Diyana Bt Che Othman dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit, tunaaaiiii!! Genap setahun. Lebih 8 tahun kami mengenali hati budi masing-masing. Ingat lagi, waktu pertama kali nak dating, aku pinjam duit kawan sebab nampak gaya minah ni macam jenis makan kat restoran Italy sahaja. Rupanya nasik lemak tepi longkang kat Sea Park pun dia berselera je. Mula-mula dulu aku makan burger pun tak habis bila berdepan dengan dia. Control. Sebab makan burger sememeh. Rupanya dia rileks je makan siput sedut depan mak aku waktu kali pertama berjumpa. Siap siput terpelanting merata. Aku belikan dia handbag, jam dan baju yang berjenama, rupanya dia lebih selesa beli yang murah-murah sahaja. Membazir katanya. Dia benar-benar membuka mata aku. Aku hitamkan rambut yang dulunya warna merah, hijau, kuning. tanggalkan gelang, rantai, subang. Aku tak nak lagi dikatakan bakal bagi dia makan pasir suatu hari nanti seperti nasihat kawan-kawan dia yang tak suka aku. Terima kasih. Banyak yang dah berubah semenjak dia ada dalam hidup aku. Luar dan dalam. Moga sampai syurga kita bersama. Kepada isteriku, Bab, u pasti bersyukur sebab u said Hi to me sambil lambai tangan tepi longkang kat fac sains dulu. Keberanian u untuk menegur i yang sedang di kelilingi gadis2 cantik menjadikan i jatuh cinta pada u. Usaha u yang tak pernah jemu mengorat i walaupun u tahu ramai gadis yang tergila-gilakan i, adalah tepat dan bijak. Banyak kali i rejected u, tapi u tak pernah jemu. Akhirnya tuhan lembutkan hati i. I kini suami u. Tahniah! U deserve this!!
Posted on: Fri, 31 Jan 2014 16:43:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015