Alam Dan manusia dicipta semua dalam keadaan seimbang. Dalam sains - TopicsExpress



          

Alam Dan manusia dicipta semua dalam keadaan seimbang. Dalam sains Fizik diterangkan tenaga tidak boleh dimusnahkan. Begitu juga manusia apa yang masuk mesti diseimbangkan dengan apa yang keluar. Contoh jika kita makan sepinggan nasi maka tenaga yang keluar mestilah juga sepinggan nasi jika kita makan kurang dari yang dikeluarkan maka kita akan kurus jika terlalu kurang kita akan kebuluran. Begitu juga berlebihan, jika lebih kita akan gemuk Dan jika terlalu berlebihan kita akan jadi obes. Apabila kita makan perut akan menghadamkan makanan Dan asid dihasilkan didalam perut akan mensucikan makanan dari kuman. Makanan kita Akan diproses untuk menjadi bahan paling asas iaitu gula, protein, lemak Dan garam galian serta vitamin. Pemakanan seimbang akan memastikan kesemua bahan dalam keadaan optimum untuk manusia berfungsi dengan normal. Bayangkan jika kita makan berlebihan Dan tidak seimbang contohnya terlalu manis Dan berlemak. Apa yang terjadi? Gula Dan lemak berlebihan ini tidak dapat diguna habis semuanya maka apa badan kita buat. Sama seperti yang kita buat bila perabot Dan barang-barang tidak terpakai banyak sedangkan rumah kita kecil, letak saja dimana-mana yang boleh Dan akhirnya rumah kita serabut Dan sempit. Semua yang berlebihan badan kita simpan sebagai lemak di bawah kulit, keliling jantung, keliling buah pinggang, hati Dan bawah salur darah. Apa berlaku bila rumah kita semakin sempit tapi kita tak mampu nak beli rumah baru? Confirm kita frust Gila Dan rendah diri malah nak jemput orang masuk rumahpun segan. Badan kitapun sama hormon insulin yang mengawal kadar gula secara langsung Dan lemak secara tidak langsung tidak mampu nak proses semua sebab organ pankreas yang menghasilkannya overworked sehingga jam atau burn out. Apa pula jadi pada kita. Hmmmh apalagi kitapun dihidap penyakit kencing manis. Jadi jika kita sayang rumah kita maka sayangilah diri kita lebih yang menjadi rumah kepada lebih 3 billion sel dalam badan kita. Jangan pula rumah kita tersergam indah tapi kita tinggal di hospital. Sayangi diri kita Dan nikmati hidup ini:-) .
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 16:00:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015