Alhamdulillah baru selesai tunaikan Haq Client Baru. Kejayaan - TopicsExpress



          

Alhamdulillah baru selesai tunaikan Haq Client Baru. Kejayaan sebenar ialah apabila kita dapat Utamakan Hak Allah lebih dari hak makhluk, Dengan Cara Rasulullah SAW. Jom kita mendampingi Ulama dan Ahli Haq!!! :) Disini saya nak share petikan Kitab Fadhilat Amal, Bab Fadhilat Tabligh m/s 46 tajuk Mengenali dan mendampingi Ahli Haq (Orang yg benar). Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang menguatkan agamamu dan dengannya kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Hendaklah kamu selalu bersama dengan orang yang mengingati Allah (ahlullah). Adalah penting untuk memastikan siapakah sebenarnya ahlullah? Ahlullah ialah mereka yg mengikut sunnah Rasulullah SAW, kerana Allah SWT telah menjadikan kekasihNya Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan untuk umatnya dan berfirman dalam kitabNya yg suci : "Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah SWT, maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mengasihi kamu serta mengampunkan dosa2 kamu dan Allah SWT Maha Pengampun Maha Pengasih." ~Ali-Imram : 31~ Oleh itu, orang yg mengikut sunnah Rasulullah SAW dengan sempurna maka sebenarnya dialah ahlullah (orang yang hampir dgn Allah SWT). Setakat mana seseorang itu jauh drpd amalan sunnah Rasulullah SAW setakat itu jua dia akan jauh daripada Allah SWT.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 10:46:24 +0000

Trending Topics



iano-per-i-topic-626412614056334">Ciao Marisa, ti presentiamo le previsioni meteo per Rogliano per i
Such exciting news! Beginning Tuesday, November 25th, Love Knows
Sidharth Monga--- Cricinfo At such an emotional time in their
"If babies are not producing amylase, they are not digesting

Recently Viewed Topics




© 2015