Alkisah menyayangi ayah… Tuan Ibrahim Tuan Man, 05 Jun - TopicsExpress



          

Alkisah menyayangi ayah… Tuan Ibrahim Tuan Man, 05 Jun 2013 Hadik seorang bapa berumur 59 tahun. Akibat daripada tekanan kerja, Hadik mula terjebak dengan rokok, satu tabiat yang dibuangnya semenjak kahwin. Isteri Hadik mempunyai asma, disebabkan itu Hadik berhenti merokok. Tapi kebelakangan ini, akibat pembelotan kawan-kawan mengenai pembelian tanah-tanah, Hadik terasa tertekan dan mula menghisap kembali rokok. Di dalam rumahnya, Hadik terkenal dengan kegarangannya. Hadik juga dihormati anak-anaknya kerana ilmu agamanya. 3 orang anaknya termasuk isterinya tidak pernah berani mempersoalkan segala tindak-tanduknya. “Ayah rokok nampak macho,” kata anak sulungnya, Nazdin. “Ya, ada orang mati kerana rokok, tapi berjuta lagi yang hidup walaupun rokok,” kata anak kedua, Zahdin. Anak bongsunya Khalid pula tidak setuju dengan tindakan ayahnya merokok kerana kesihatan maknya kian terjejas. “Kalau boleh, ayah hentilah rokok,” itu sahaja Khamad berkata. Khamad diam tidak bersuara melihat dua abangnya terus memuji ayahnya. Isteri Hadik berkata pada Khalid, “Biarkan ayah. Dia dah tua. Asalkan dia rasa lega, biarkan” sambil terbatuk-batuk. Satu hari, penyakit asma isteri Hadik menyerang sehingga terpaksa masuk hospital. Apabila doktor bertanya apakah udara di rumah tak bersih, mak Khalid berkata, “Tiada.” Khalid sedar mengapa – asma maknya berpunca daripada asap kedua hasil tabiat merokok ayahnya, Hadik. Melihat isterinya sakit semula, Hadik terasa bersalah. “Bukan salah ayah. Ayah janganlah salahkan diri. Mungkin ada sebab lain mak sakit,” kata Nazdin. “Ini penyakit lama mak. Bukan salah ayah. Jangan pula rasa bersalah,” kata Zahdin. “Cukuplah abang semua. Ayah kena henti rokok. Mak dah 30 tahun tak kena asma. Sekarang kena balik. Jangan tutup perkara yang terang-terang… untuk mak, ayah kena henti rokok. Abang dan ayah tak akan tak perasan mak dah sering batuk-batuk sejak ayah mula hisap rokok,” kata Khamad. “Jangan Mad biadap pada ayah. Ayah nak rokok itu hak dia. Ayah nak release stress. Tekanan ayah Mad bukannya faham. Ayah rasa tertekan dibelot kawan baru nak hisap rokok. Bukan hisap suka-suka. Ini perkara orang dewasa, Mad jangan campur tangan. Mad jangan tak hormat ayah. Ayah tahu apa yang ayah lakukan,” tengking Zahdin kembali. “Saya tegur bukan tak hormat tapi sebab sayang. Abang nak jaga air muka ayah itupun sayang. Tapi sayang biarlah bertempat. Mak tengah sakit, abang pula bagi pelbagai alasan ayah patut rokok. Sepatutnya dari awal, masa ayah rokok, abang pujuk untuk hentikan. Ini bukan galakkan lagi – kata berjuta lagi hisap rokok tak ada masalah!” jawab Khamad. Mendengar pertengkaran anak-anaknya, Hadik keluar ke taman hospital untuk mengambil angin. Di sana, Hadik terjumpa seorang pakcik tua. “Anak-anak anta semua sayang kat anta. Ada yang sayang sehingga tak sampai hati nak lukakan hati kita walaupun kita silap. Ada yang sayang tak nak lihat kita terluka apabila kita silap. Tapi jenis kedua itulah yang kita sering abai dan tak suka, kerana mereka berani melukakan hati kita untuk elakkan kita lukakan diri dan keluarga. Sayang jenis begini susah dicari dan bersyukur dalam keluarga anta adalah seorang yang berani memberi pendapat jujur bukan untuk mencari silap anta, tapi untuk memperbetulkan anta. Yang jenis satu itu kita suka kerana sentiasa berkata apa yang kita suka dengar kerana sayang… tapi sebagai orang tua kita harus faham yang mana ialah pujian dan yang mana ialah bodek ayah,” pakcik tua itu berkata sambil menepuk belakang Hadik. Hadik berhenti merokok dan isterinya kembali sihat. Nazdin, Khamad dan Zahdin disuruh berdamai. Perhujahan mereka berdua bagus sebagai cermin untuk Hadik untuk menilai tindak-tanduknya. Bersyukur benar Hadik mempunyai anak-anak yang sayang padanya – cuma pendekatan mereka berlainan. Senyum. Ada banyak isi tersirat di sini – tapi seperti biasa hanya yang sudi membaca dan menerima pengajaran sahaja yang akan dapat. bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/19775-alkisah-menyayangi-ayah
Posted on: Wed, 05 Jun 2013 07:26:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015