Amaran keras peniaga tamak 28 Julai 2013 * TANAH MERAH - - TopicsExpress



          

Amaran keras peniaga tamak 28 Julai 2013 * TANAH MERAH - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) daerah ini akan mengambil tindakan tegas ke atas pemborong dan peruncit yang gagal mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri ini. Ketua Pegawai Penguat kuasa daerah, Mazni Abdul Rasid @ Zakaria berkata, pihaknya akan buat pemeriksaan berterusan bagi memastikan peniaga mematuhi harga ditetapkan dan mempamerkan tanda harga merah jambu untuk barangan terkawal. Katanya, sebanyak 20 barangan ditetapkan sebagai barang harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah skim kawalan itu bagi tempoh 17 hari, bermula 26 Julai (kelmarin) hingga 11 Ogos ini. “Pemborong dan peruncit wajib mematuhi harga siling ditetapkan dan meletakkan tanda harga merah jambu pada barang harga terkawal sepanjang skim kawalan. “Kami akan sentiasa buat pemeriksaan di lokasi tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani dan pasar raya. Jika peniaga gagal patuhi peraturan skim kawalan ini, kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan dan pemeriksaan harga barangan di bawah skim kawalan harga musim perayaan di Pasar Besar Tanah Merah, kelmarin. Antara barangan terlibat ialah ayam (hidup, standard dan super); daging lembu tempatan; daging kerbau import, kelapa parut; telur ayam (gred A, B dan C) dan ikan kembung. Selain penguat kuasa PPDNKK daerah, tinjauan turut disertai penguat kuasa Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM); Gerakan Pengguna Daerah (GPD); anggota skuad pemantau harga dan penggawa. Mazni berkata, selain memastikan barang kawalan dijual tidak melebihi harga ditetapkan dan ada tanda harga merah jambu, pihaknya juga akan kuatkuasakan peraturan wajib letak tanda harga bagi setiap barangan jualan di bawah Ops Harga. “Individu atau syarikat didapati melakukan tiga kesalahan ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya. Menurutnya, sejak Ops Harga dilancarkan pada 6 Julai lalu, pihaknya mengeluarkan kompaun kepada 22 peniaga kerana gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan dengan meletakkan tanda harga ke atas barang jualan dan menggunakan alat timbang tamat tempoh. “Tindakan diambil hasil pemeriksaan ke atas premis perniagaan seperti pasar raya, pasar tani, pasar borong, pasar mini dan kedai runcit yang juga akan diperiksa sepanjang skim kawalan harga musim perayaan ini,” katanya. s.h
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 10:50:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015