Anda bermasalah keputihan ? Sebenarnya apa itu keputihan - TopicsExpress



          

Anda bermasalah keputihan ? Sebenarnya apa itu keputihan ? Istilah “keputihan” adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis. Permasalahan ini kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah : > rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, > kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) > pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. >Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Keputihan terjadi kerana : > perubahan keseimbangan pH asid di dalam faraj. > ubat perancang kehamilan > menstruasi > membasuh faraj dengan sabun dan bahan pencuci dengan berlebihan. ########################### Rawatan moden sekarang, kebanyakkan menggunakan ubat buatan kimia untuk mematikan kulat tersebut. Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan ubat antikulat. Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan adalah dengan menghindar penggunaan sabun atau parfum pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering dan mengelak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Ubat-ubatan antikulat seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin, ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau digunakan langsung pada bahagian faraj. Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. ########################### Pencegahan Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit). Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal. Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan. Adakah Puan-Puan mencari rawatan alternative untuk masalah keputihan tersebut ? Sila PM kami untuk mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA. Kami akan bantu..
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 02:50:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015