Anggota polis maut, wanita parah dalam nahas PAPAR - Seorang - TopicsExpress



          

Anggota polis maut, wanita parah dalam nahas PAPAR - Seorang anggota polis maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Papar-Kota Kinabalu dekat Beringis di sini hari ini. Koperal Elis Ampanatan, 55, yang bertugas di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan George Abd. Rakman berkata, kemalangan kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan lima buah kenderaan termasuk motosikal ditunggang mangsa yang dalam perjalanan dari Papar ke Kota Kinabalu. ."Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya. "Sebuah kereta jenis Honda Prelude yang cuba mengelak daripada merempuh anggota polis itu kemudian terbabas ke pembahagi jalan menyebabkan seorang wanita yang menaiki kereta itu cedera parah," katanya. Menurut George, sebuah kenderaan pacuan empat roda di belakang kereta Honda berkenaan yang sempat mengelak bagaimanapun dirempuh sebuah teksi dari belakang. Beliau berkata, kesemua penumpang dan pemandu pacuan empat roda serta teksi berkenaan tidak mengalami kecederaan.Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 17:21:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015