Antara sebab mengapa anak-anak nisa Warga Prihatin sanggup berjaga - TopicsExpress



          

Antara sebab mengapa anak-anak nisa Warga Prihatin sanggup berjaga sekalipun keletihan, tidak bergelimpangan di lantai Shangri La Hotel baru-baru ini ialah kerana menjaga aura dan aurat. Anak-anak sekecil pra sekolah sudah dibiasakan dengan tabiat menutup aurat. Ya, mulanya memang agak sukar. Tetapi setelah batch pertama terbiasa, yang lain jadi mudah untuk mengikutinya. Sudah jadi alah bisa tegal biasa. Kerana itu kami jenuh menjawab soalan dari anak-anak kecil yang kehairanan mengapa makcik tu tak pakai tudung atau tak pakai dengan betul. Ada kalanya ketika balik cuti di kampung pun mereka tegur nenek dan emak saudara mereka. Jenuh kami nak jelaskan keadaan.... :D Ancaman yang dipaparkan oleh berita ini membuatkan kami merasa lega. Biarlah kami dikatakan agak kolot dan sedikit berundur ke belakang dari arus pemodenan, asalkan anak-anak kami selamat. Ingin kami serah diri pada Islam (Muslim) sepenuh-penuhnya, supaya anak-anak kami mampu hidup selamat sejahtera (salam). Anda bagaimana?
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 06:23:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015