Apa itu Asid Folik ? Asid folik adalah Vitamin B yang sangat - TopicsExpress



          

Apa itu Asid Folik ? Asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting dalam kehamilan untuk mambantu wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Ia dapat membantu mengatur pembetukkan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Siapa yang memerlukan Asid folik ? Semua wanita yang berumur 14-44 tahun, terutama bagi wanita yang ingin hamil. Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang. Bila Asid folik perlu diambil ? Sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum mengandung (@berkahwin) Semasa mengandung sehingga melahirkan. Mengapa Asid folik penting ? Ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang Dapat mengurangkan keguguran, kelahiran pra-matang dan kekurangan darah Mengurangkan kecatatan lain seperti :- sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Pengambilan Asid folik Hanya satu biji setiap hari. Dos bagi wanita biasa adalah 400 microgram Dos bagi wanita yang hamil adalah 600-800 microgram
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 16:03:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015