Apa itu “Custom Album” ? {Bahasa Melayu} “Custom Album” - TopicsExpress



          

Apa itu “Custom Album” ? {Bahasa Melayu} “Custom Album” ialah album yang boleh direkabentuk mengikut spesikasi dan kehendak kita dengan kreativiti dan dicetak dalam bentuk buku / album. Biasanya Custom albun dicetak untuk album perkahwinan, gambar koperat, pelancongan keluarga, sambutan hari lahir, hasil kerja sendiri atau portfolio model peraga. Custom Album juga dikenali dengan nama lain seperti “Story Book” , “Story Album” , “Coffee Table” , “Wedding Book” , “Custom Wedding Album” Kenapa Pilih Custom Album ? . Eksklusif Kalau dibandingkan dengan Album “Sticky” atau Album Poket, custom album tampak lebih eksklusif dengan rekabentuk yang menarik. Dengan membolehkan para pereka-grafik memberi idea serta kreativiti, album anda pasti nama unik dan tersendiri. :) . Memori Kenangan Terindah Sangatlah menarik jika dapat dikongsi dengan kawan, saudara dan ahli keluarga apabila mereka melawati anda. Ia memudahkan anda berkongsi dalam bentuk yang boleh dipegang dan melihat pengembaraan memori anda. :) . Tahan Sesetengah Custom Album adalah tebal dan kalis air berbanding dari Album “Sticky” dan Album Poket. Dengan gambarnya dicetak terus pada permukaan kertas dan bukanya kepingan kertas menjadikan Custom Album lebih tahan dan mudah dikendalikan. :) . Murah Secara relatif, memang agak mahal untuk cetak pertama kali, tetapi ia lebih tahan berbanding dengan Album “Sticky” dam Album “Poket dan ia mengurangkan risiko anda salah letak, kerana saiznya yang bersar. Ini menjimatkan anda dari mencetak gambar dua atau tiga kali. -customalbum.net
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 05:29:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015