Apa peranan makanan tambahan dan diet dalam menangani penyakit - TopicsExpress



          

Apa peranan makanan tambahan dan diet dalam menangani penyakit atau mengekalkan kesihatan ? Respon saya : Cuba catitkan apa yang anda dan keluarga anda makan selama 24 jam, mulai dari sarapan pagi hingga makan malam atau hingga sebelum tidur . Nilai mutu pemakanan dari beberapa segi : 1. Adakah banyak makanan segera dan makanan berproses, nasi putih roti putih berbanding dengan nasi brown rice dan roti wholemeal atau multigrain 2. Ada tak pengawet, perasa tiruan, MSG dan lain lain bahan kimia dalam makanan itu 3. Kadar protin adakah berlebih , kurang atau optima 4. Kadar sayur adakah kurang, lebih atau optima ? Sayurnya adakah bebas dari pencemaran? 5.Ada atau tidak buah buahan ? 6. Adakah anda minum banyak bahan berkafein? 7. Minuman adakah dari air bertapis dan alkaline atau air paip masak ? 8. Banyak mana soft drinks dan air bergula yang di minum ? 9. Makan luar atau masak sendiri ? 10. Duduk asrama dan makan makanan asrama ? Pasti anda tahu jawapan yang baik bagi soalan soalan diatas maka bila makanan kita tidak seimbang, lebih asid dari alkali, tercemar dan tidak cukup zat, terlebih karbohidrat kalori kosong, dan terlebih protin maka supplement yang bijak dapat mengurangkan kesan buruk dari makanan kita . Timbul soalan seterusnya , supplement apa yang kita perlukan ?
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 08:07:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015