Apa yang buat saya marah semalam. Bila fokus untuk game - TopicsExpress



          

Apa yang buat saya marah semalam. Bila fokus untuk game lambat.Kita kena pastikan yang kita faham yang kita boleh ditinggalkan awal dan ini menyukarkan pasukan bangkit. Kenapa memberi penghormatan terlebih hanya kerana mereka juara SOJC 2013. Hey kita juara SOJC di 2011 dan Asia Cup 2012 dan naib johan SOJC 2013 , Asia Cup b18 2009 dan 2011. Kita pun bukan pasukan ayam. Dua gol PC dari Gurjinder adalah gol lemah.Bila seseorang di beri penghormatan hanya kerana nama besar akan jadikan kita kecil dan flick yang lemah pun akan jadi gol. Beberapa situasi yang tak dapat dielakkan seperti keadaan padang yang menyebabkan 2 pc rugi apabila gagal ditahan.Lampu padang yang menyukarkan tampanan bola tinggi.Satu penalti stroke yang pasti untuk kita tidak diberi dan mutu pengadilan lebih ke satu pihak. Gembira tiada seorang pun dibuang padang walaupun situasi yang boleh dipersoal tetapi sikap professional terhadap permainan sangat membanggakan. Keupayaan mencipta begitu banyak peluang dan PC bagus.Pada satu ketika India terus bertahan untuk satu masa yang lama. Zulhairi dan Shahril mencipta diri sebagai pakar PC klas dunia. Positive yang saya lihat dari game pertama dan rentak yakin perlu diambil dan peluang untuk menewaskan mereka dalam baki 2 game nampak semakin cerah.
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 02:49:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015