Arghh… tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak - TopicsExpress



          

Arghh… tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya ” Seabadi permata…. segermelapan intan ” … sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh… peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir… permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah ” Duhai isteriku… marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini.”
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 18:32:03 +0000

Trending Topics



dy" style="min-height:30px;">
SPECIES - MARK ZUCKERBERG - ALIEN FINGERS Fair Use Act
i jus wna send a messag 2 dana brooks b4 i go 2 bed....if anybdy
Cuban could own any NFL franchise he wanted if it were for sale.
Vacancy for the post of Girl Friend Applications are invited for

Recently Viewed Topics




© 2015