Artikel oleh Choo Chon Kai (AJK Pusat) dalam kolumnya di - TopicsExpress



          

Artikel oleh Choo Chon Kai (AJK Pusat) dalam kolumnya di Malaysiakini Versi Bahasa Tionghua mengatakan bahawa GST adalah satu sistem cukai yang paling berkesan untuk memeras rakyat biasa demi menyelamatkan keuntungan kapitalis! BR1M hanya diterima setahun sekali dan kena terpulang pada budi bicara kerajaan pula, manakala GST terpaksa dibayar setiap hari setiap kali membelanja. Ini bagaikan anda ditikam setiap hari, kemudian memberi anda sekeping plaster untuk menutupi luka anda setahun sekali. Salah sebuah negara yang terawal memperkenalkan GST adalah Chile, pada tahun 1974, iaitu selepas rampasan kuasa yang mewujudkan rejim diktator Pinochet atas sokongan CIA. GST di Chile merupakan sebahagian dasar ekonomi kerajaan diktator tentera Chile dan merupakan makmal untuk dasar ekonomi neo-liberal yang kemudiannya diperluaskan ke seluruh dunia apabila ekonomi dunia terjerumus dalam krisis berpanjangan. GST memaksa rakyat biasa membayar untuk kerugian yang disebabkan oleh penyelewengan kuasa dan ketamakan golongan kapitalis besar. Ini adalah serangan merompak rakyat miskin untuk tolong golongan kaya. Jika kita tidak mahu membayar untuk masalah yang disebabkan oleh rejim yang korup dan golongan korporat yang hanya tamakkan keuntungan, maka kita perlu tolak GST! via Parti Sosialis Malaysia
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 07:03:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015