As-salam Semua, Di sini ada satu pengumuman penting, dengan - TopicsExpress



          

As-salam Semua, Di sini ada satu pengumuman penting, dengan rendah hati.. dengan penuh tawaduk.. dengan penuh kehibaan dan kesedihan.. dan dengan segala Zat Nya... dan dengan Kalam Nya.. dan dengan lafaz Bismillahirohmanirohim.. pihak pengurusan IBAR Resources (IBAR Group) dengan ini mengumumkan bahawasanya pihak kami akan mengundurkan diri dari siri jelajah program yang amat kami cintai iaitu ‘Rockers Apa Khabar’ musim ke-2.. Keputusan yang di ambil adalah terlalu berat untuk dilafazkan.. keputusan ini juga adalah kerana dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada generasi baru untuk menerajui kepimpinan tenaga kerja ‘Rockers Apa Khabar’ musim ke-2.. Perbincangan telah pun di adakan…keputusan pun telah di umumkan… kini hanya doa dan harapan agar kesinambungan generasi baru akan menjadi lebih baik dan akan terus baik selamanya.. Kepada ayahanda tercinta kami / guru kami / penghibur kami / pencetus idea kami / abang kami dan ‘Big Boss’ kami iaitu Mazlan Hassim @ Pak Tuan Ambong @ Lan GAMMA, sepuluh jari kami susun untuk bermohon maaf sekiranya selama anakanda-anakanda di IBAR Resources (IBAR Group) ini berkerja, telah banyak menyusahkan hati ayahanda. Dari angan-angan terjadinya idea, dari idea terjadinya coretan, dari coretan terjadinya naskah kertas kerja, seterusnya menjadi dokumen lengkap dan dipersembahkan kepada pihak RTM dan Kementerian.. 5 tahun tempohnya kita berjuang bersama untuk menaikkan kembali industri Rock Kapak tanah air. 5 tahun kita semua ‘bermandikan’ keringat, darah dan airmata termasuk wang ringgit. 5 tahun kita bertukar pandangan dan idea sehingga ‘wujudnya’ dan ‘lahirnya’ program ‘Rockers Apa Khabar’ musim 1 di Bukit Jalil pada bulan Februari 2013 yang lalu. Sulaman kasih, gelak ketawa, jeritan, makian dan kata-kata semangat telah menjadi asam garam hidup kita sehingga lahirnya 13 episod program ‘Rockers Apa Khabar’ musim 1 yang akan menjadi ingatan dan siulan kembali anak anak muda dan dewasa. Terima kasih juga kepada rakan niaga kami iaitu HiLo Audio & Video Services (kendalian abg. Burn MEDITASI), Heaven Studio ((kendalian abg. Mus SATIRA) dan Janatramas Sdn. Bhd. (kendalian abg. Hanafi dan Dato’ Jo) atas kerjasama yang berkesan. Kita semua bagaikan satu keluarga besar yang berhimpun untuk melengkapkan hubungan antara kita. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita selamanya…Insya Allah… Kepada para peminat, janganlah berhenti dari memberikan sokongan anda kepada industri Rock tanah air. Tanpa anda, siapalah para artis semua.. sokongan anda adalah pembakar semangat kepada para artis dan golongan seperti kami yang sentiasa memperjuangkan hak kita semua selaku Rockers di Malaysia. Kepada mereka-mereka yang bakal dilantik untuk menerajui kepimpinan ‘Rockers Apa Khabar’ musim ke-2, jalankanlah tanggungjawab kamu dengan amanah dan jujur agar industri muzik Rock kita ini tidak dipandang serong seperti sebelum ini. Perjuangkanlah nasib para artis dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan kerana senyuman para artis adalah kepuasan sebenar bagi pejuang seperti kita. Kepada mereka yang sentiasa ingin ‘mengambil kesempatan’ / ‘menempek’ / mencuri hasil karya / menyalahgunakan kelebihan yang diberi, satu sahaja nasihat kami… berubahlah menjadi insan yang sentiasa mengharapkan keredhaan Nya.. adakalanya kemenangan yang diperolehi adalah dari airmata dan darah pejuang lain yang bertungkus-lumus berusaha siang dan malam untuk menjayakan program ‘Rockers Apa Khabar’. Tidak semua manusia itu buta, pekak dan bisu. Akhir kata, salam sayang dari kami di IBAR Resources (IBAR Group) kepada anda semua dan andai kata terjumpa kami di pesta / konsert / karnival.. maka tegur tegurlah kami dan kami juga akan sentiasa mengikuti perkembangan para artis rock semua dari masa ke semasa. Salam sayang dari meja : Papa Qaseh, Apistol, Peril, Zul, K.E & Dien Film serta seluruh warga kerja IBAR Resources (IBAR Group). Wassalam…sesungguhnya kami Redha atas ketentuan Nya.. Allahuakbar..Allahuakbar..
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 05:48:10 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015