Asalnya hati saya berat hendak menyaksikan petikan ucapan YB Husam - TopicsExpress



          

Asalnya hati saya berat hendak menyaksikan petikan ucapan YB Husam Musa semasa 505 yang berlangsung di Kelantan kerana tidak mahu menyakitkan lagi hati ini. Saya gagahkan juga hati untuk melihatnya, ternyata telahan awal saya benar, sepanjang 12 minit video petikan ucapan YB Husam Musa ini hanya beberapa minit diisi dengan tujuan sebenar agenda 505 ini iaitu untuk menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap SPR dan Barisan Nasional. Masa yang selebihnya diperuntukkan untuk menyerang teman seperjuangan, menimbulkan telahan-telahan awal dan persepsi buruk terhadap beberapa individu di dalam Jemaah PAS. Saya menghormati YB Husam Musa, namun saya menghormati juga pimpinan jemaah yang lain. Saya rasa ada baiknya YB Husam Musa menilai sekejap dan bermuhasabah. jangan kerana kita terlampau yakin dengan idea yang ada pada kita sehingga kita lupa kepada adab dan ukhwah dalam perjungan. Ustaz Tuan juga menegur dalam hal ini kerana perkataan "PENGKHIANAT"yang digunakan YB Husam Musa terlalu berat untuk ditelan oleh pendokong PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS). Moga Allah menjaga Jemaah PAS dan menurunkan rahmat untuk kita semua di Malaysia.
Posted on: Sun, 16 Jun 2013 20:13:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015