Assalamualaikum. Sempena Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang - TopicsExpress



          

Assalamualaikum. Sempena Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang yang sedang berlangsung di peringkat cawangan saya ingin menarik perhatian Ibu bapa dan guru berkenaan dengan 2 kisah sirah Nabi Muhammad dan para sahabat. Pertamanya berkenaan kisah Kaab bin Malik setelah lebih 40 hari dipulaukan Nabi dan masyarakat kerana tidak ke medan perang lalu taubatnya diterima Allah. Lalu digambarkan dalam satu hadith panjang( Mustika Hadith) menyatakan bagai mana beliau disambut seluruh sahabat dengan begitu meriah oleh para Sahabat dan Rasulullah kerana ia satu kejayaan besar buat Kaab bin Malik dan 2 orang sahabat lagi. Sebuah kisah lagi berkenaan Kaab bin Zuhail. Kaab bin Zuhail asalnya seorang kafir Quraisy. Ketika pembukaan Kota Mekah beliau menyorok kerana takut kepada tentera muslim. Sehingga lah Rasulullah lalu disebuah lorong, meliau mendendangkan sebuah syair indah memuji kepimpinan Nabi dan menyatakan keIslamnya kepada Rasulullah. Lalu dihadiahnya oleh Rasulullah selimut baginda yang mulia itu. Sirah menunjukkan bagaimana dirai mereka yang mendapat kejayaan dan ia harus dicontohi. Saya mengucapakn tahniah kepada PASTI yang berjaya mengadakan Hari Anugerah Pelajar, kerana ia bukan sahaja satu prosedur penting, malah ia adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Abdullah Nasih Ulwan dalam Kitabnya yang mahsyur Tarbiyyatul Aulad menggariskan satu bab berkenaan memberi penghargaan , yang ingin saya tekankan bukan sahaja dalam konteks pelajar tetapi seluruh aspek kehidupan kita. Kitab tersebut meletak 3 perkara utama 1. Membuat satu majlis gembira yang mana semua orang ceria dalam meraikan sebuah kejayaan. 2. Mengucapkan kata2 manis dan berdoa kepada yang berjaya 3. Memberi hadiah penghargaan Semoga ia menjadi panduan kita dalam meraikan sesiapa sahaja yang berjaya. Saya yakin itu lah seperti apa yang kita anjurkan selama ini. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang, dan kurang cemerlang saya yakin semuanya akan dibalas oleh Allah jua kerana apa yang dikira itu bukan pencapaian akan tetapi usaha kita ke arah itu. Saya mengharapkan semua pihak agar terus memberi sokongan dalam apa jua bentuk kepada PASTI, terutama sekali untuk terus menghantar anak ke PASTI. Saban tahun, PASTI akan membawa pembaharuan dan penambh baikkan, Alhamdulillah pada tahun lepas PASTI berjaya menerbitkan lagu animasi PASTI yang saya yakin telah didendangkan dan ditonton anak anak PASTI dan masyarakat secara meluas. Selain itu diperkenalkan juga sistem cepat membaca Quran , lebih tepat lagi Nurul Qur an . Silibus ini adalah penambahbaikan dari penggubal silibus kita yang terdiri dr Alim Ulama , Doktor Universiti dan Guru. InsyaAllah akan memudahkan anak2 kita membaca Quran. PASTI juga telah diperkenalkan Silibus PRA TAhfiz (di PASTI terpilih) yang akn membolehkan anak anak PASTI menghafal Muqadam dari Surah An NAs sehingga Ad Dhuha dan juga dua surah panjang yang salah satunya Al Mulk. YAng mana pioneer nya di Selngor telah berjalan dengan jayanya sejak 2 tahun lalu.Pada tahun ini juga Umrah PASTI kali pertamaberjaya diadakan, insyaAllah tetap akan diadakan pada tahun hadapan dan tahun seterusnya. PASTI maju satu tapak lagi kehadapan dimana tahun hadapan PASTI diperkenalkan diperingkat antarabangsa, kelas akan mula berjalan di Sudan , Papua New Guniue, Selatan Thaidan Laos pada tahu n hadapan. Setelah mendapat latihan 6 bulan di Malaysia , kelas kan dimulakan pada tahun hadapan. Selain itu PASTI juga dalam proses menggubal silibus non muslim kerana kini PASTI semakin mendapat sambutan terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak. Akhir sekali saya ingin ingatkan bahawa PASTI ialah salah satu program kebajikan PAS kepada masyarakat dalam aspek pendidikan. Kami PAS konsisten membangunkan sistem ini dalam memstikan pendidkan Islam terus subur dan terus dikembangkan agar anak2 kita sejak kecil lg diajar mengikut acuan Islam. InyaAllah dalam masa yang akn datang akan terus dipanjangajan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.InsyaAllah. -Pengerusi PASTI Bukit Gantang-
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 04:31:13 +0000

© 2015