Assalamualaikum! Wah, ini baru betul-betul Monday morning - TopicsExpress



          

Assalamualaikum! Wah, ini baru betul-betul Monday morning blues. Bukan je blues, tapi dengan jerebus sekali. Rasa kurang selesa lak duduk dimeja bulat ni. Tak sampai lima minit, dah bersin beberapa kali. Keadaan jalan di depan rumah ni, lengang. Tak macam pagi Isnin biasa. O ya. Baru atuk ingat, di Melaka hari ni macam cuti umum. Semua sekolah dan pejabat kerajaan ditutup. Darurat jerebu. Agaknya hidung dan paru-paru atuk pun dah berjerebu gak. BOHONG! Kita sambung la ya pasal bohong. Dua lagi individu lagi kita tak boleh bohong ialah, doctor. Doktor yang atuk maksudkan ialah doctor perubatan, bukannya doctor falasafah. Doktor akan merawat kita atau akan cuba mengembalikan kesihatan kita. Tidak ada seorang doctor yang hendak memudaratkan kita, kecuali kes terpencil di sebabkan kesilapan teknikal, kelalaian dan sebagainya. Sekiranya kita kurang sihat, berterusteranglah, terutamanya yang melibatkan penyakit kronik atau penyakit yang mudah berjangkit atau penyakit yang sukar atau tiada ubatnya seperti HIV dan yang sewaktu dengannya. Mereka mempunyai kepakaran dan teknologi. Cuma masaalahnya, kekadang kitasendiri yang doctor pakar persendirian kepada diri sendiri. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi untuk mengetahui siapakah individu terakhir yang kita tidak boleh bohong. Atuk Endcem STOP LOOK GO!
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 00:37:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015