Assalamualaikum....antara ilmu yang ambo dapat dari ustaz Nik yang - TopicsExpress



          

Assalamualaikum....antara ilmu yang ambo dapat dari ustaz Nik yang mengajar di surau dekat rumah ambo malam ini ialah : 10 Golongan manusia @ orang yang doa mereka di makbulkan oleh Allah SWT berdasarkan hadis-hadis nabi Muhammad SAW... 1) Golongan orang yang dizalimi...( Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Takutlah kamu semua akan doa orang yg dizalimi kerana doa mereka dimakbulkan oleh Allah SWT) 2) Golongan orang yang berada dalam kesempitan @ kesusahan hidup 3) Golongan orang yang bertaubat @ kembali kepada Allah SWT 4) Golongan orang yang sentiasa berdoa supaya hubungan silaturahim sentiasa erat dan tidak berdoa untuk melakukan dosa kepada Allah SWT 5) Golongan orang yang mendoakan temannya @ saudaranya yang berada jauh dengannya ( Sbg contoh kita umat Islam di Malaysia mendoakan kesejahteraan saudara Sunni kita di bumi Barakah Syria, Mesir dan sebagainya) 6) Golongan orang yang berdoa sewaktu berbuka puasa 7) Golongan orang yang sedang bermusafir dengan tujuan kebaikan terutama mereka yang bermusafir ke Mekkah 8) Anak yang soleh yang sentiasa mentaati kedua ibu bapa mereka 9) Ibu bapa yang sentiasa mendoakan kebahagian anak-anak mereka 10) Imam @ pemimpin yang ADIL ( ADIL membawa maksud meletakkan sesuatu perkara kena pada tempatnya) Dan kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah SWT ialah : 1) IBADAT YANG AFDHAL ialah Ibadat yang memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada orang sekeliling terutama ahli keluarga dan jiran tertangga. (Sbg contoh kita yang ada ilmu pengetahuan agama wajib mengajar mengajak orang sekeliling kita beribadat kepada Allah SWT bukan kita meninggalkan mereka dengan alasan kita mencari keredhaan Allah SWT) 2) IBADAT YANG PALING AFDHAL ialah Ibadat yang dilakukan kena pada waktu dan tempatnya. ( Sbg contoh 1. sekiranya negara kita diserang oleh musuh Islam kita umat Islam wajib berjihad dan bukan mengelakkan diri untuk berjihad dengan alasan sibuk melakukan amalan ibadat sunat seperti solat sunat. 2. ketika wukuf di padang Arafah kita hendaklah memperbanyakkan berdoa dan berzikir bukannya melakukan ibadat puasa sunat. 3. ketika sedang solat dan berlaku kebakaran kita wajib berhenti solat dan pergi membantu orang yang berada dalam kesusahan tersebut) Iaitu sahajalah apa yang dapat ambo kongsi tentang apa yang ambo dengar dan belajar di surau tadi... Semoga ilmu yang sedikit ini membuat kita lebih memahami agama Allah SWT agama Islam yang di wahyukan kepada Rasullah SAW melalui malaikat Jibril AS.... Yang baik semuanya datang dari Allah SWT dan Rasulullah SAW dan yang buruk dan salah datang dari diri ambo sendiri..... WallahuAlam.... Assalamualaikum...
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 14:52:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015