Assalamualaikum dan selamat pagi. Agak tegelak juga saya akan - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan selamat pagi. Agak tegelak juga saya akan cadangan hendak dibuatkan debat antara calon2 Naib Presiden UMNO. Ini bukan pilihanraya popular vote untuk mencari seorang Presiden atau Perdana Menteri dlm Pilihanraya Umum. Ini hanya mencari tiga orang Naib Presiden, Satu jawatan salepas jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jawatan Naib Presiden UMNO kebiasaan antara mereka di pilih sebagai pengisi jawatan Timbalan Presiden pula, jika Timbalan Presiden menjadi kosong kerana penyandang akan jadi Pemangku Presiden atau Perdana Menteri yang bakal terus di sahkan sebagai Presiden UMNO. Bagaimana pun ketiga mereka akan berpeluang di pilih dengan mudah sebagai seorang Timbalan Presiden UMNO jika Timbalan Presiden UMNO itu berhenti atau meninggal dunia oleh Perdana Menteri yang punya kuasa prerogative melantik pula sesiapa antara mereka sebagai TImbalan Perdana Menteri. Dimana amalannya akan di sahkan juga sebagai Timbalan Presiden UMNO. Itu sahaja tugas perwakilan UMNO untuk memilih tiga Naib Presiden UMNO. Maka tidak payah lah nak terangkan visi dan misi dan apa nak buat jika dipilih menjadi Naib Presiden UMNO nanti. Yang mesti dan perlu di dengar dan di debatkan misi dan visi mereka jika mereka bertanding jawatan Presiden UMNO.. kerana dia akan bakal jadi Perdana Menteri (jika masih ada majoriti di Parlimen) Kita mahu tahu apa yang dia lakukan dengan kuasanya nanti untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Saperti mana saya katakan selalu.. seorang yang memegang jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua di peringkat UMNO Bahagian tidak punya fungsi apa2 hanya tugas membantu Ketua sahaja saperti yang tertulis dlm Perlembagaan UMNO atau akan berfungsi jika Ketua itu letak jawatan atau meningggal dunia. Kesimpulannya memilih tiga orang Naib Presiden UMNO, hanya satu proses transisi kepimpinan UMNO dan masa depan politiknya bergantung kepada hubungannya dengan Presiden dan Timbalan Presiden dan jarang berlaku dari suara anggota parti yang mendukung di bawah saperti pernah di nikmati oleh Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Saya yang bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO hanya berperanan sebagai pembantu Presiden dan menyuarakan pendapat dlm isu kepentingan agama, bangsa dan tanah air dan seterusnya memberikan nasihat dan menentukan bahawa Presiden UMNO tidak menyimpang dalam dasar perjuangan UMNO.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 00:01:55 +0000

Trending Topics



eight:30px;"> opened my bible && read a couple scriptures from the book of

Recently Viewed Topics




© 2015