Audit: Feldajaya gagal sewakan 106 lot kemudahan #SHNasional SHAH - TopicsExpress



          

Audit: Feldajaya gagal sewakan 106 lot kemudahan #SHNasional SHAH ALAM - Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Feldajaya gagal menyewa 106 lot kemudahan yang dibina kepada penyewa. Laporan Audit 2012 mendapati kemudahan itu dibina di Mempaga, Pahang, Raja Alias, Negeri Sembilan dan Trolak, Perak pada 2003 dengan keluasan 167.108 hektar membabitkan kos pembangunan berjumlah RM206.62 juta. Kesemua 106 lot kemudahan tersebut terdiri daripada 80 lot pasar awam dan 16 lot hentian bas di Feldajaya Raja Alias dan Trolak dibina dengan kos sejumlah RM2.22 juta serta 10 lot medan selera tidak mempunyai penyewa. Selain itu, terdapat tunggakan bayaran sewa bulanan bagi rumah banglo, rumah kedai, medan selera dan hentian bas ialah RM1.31 juta dan tempoh tunggakan tertinggi adalah 72 bulan. “Perjanjian kediaman tidak dipatuhi oleh pembeli di mana 22 buah rumah kediaman dijadikan premis perniagaan dan 40 buah rumah kediaman diubahsuai tanpa kebenaran. “Projek pembangunan di Feldajaya Trolak dijalankan di atas tanah pertanian yang belum ditukar status kepada tanah pembangunan, menyebabkan pembeli rumah masih belum menerima kelulusan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan akibat status tanah tersebut,” kata laporan tersebut. Di samping itu, perjanjian perkhidmatan pengurusan dan penyenggaraan tidak diperbaharui menyebabkan tunggakan tuntutan kerja penyelenggaraan oleh Felda Engineering Services Sdn Bhd (FESSB) sejumlah RM330,924. Semakan audit juga mendapati kajian projek pembinaan Feldajaya Mempaga, Raja Alias dan Trolak lewat sehingga 12 dan 14 bulan. Pendedahan itu dibuat selepas Audit mendapati pengurusan projek pembangunan Feldajaya adalah kurang memuaskan berdasarkan pengauditan yang dijalankan antara November 2012 sehingga Januari 2013. Antara kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan Feldajaya berkemungkinan kajian dijalankan selepas projek pembinaan dimulakan menyebabkan projek tidak berdaya maju. “Ini disebabkan tiada faktor pemangkin kepada pembangunan seperti pembinaan institut penyelidikan berkaitan pertanian dan perubatan, institusi pendidikan dan pembangunan pelancongan. “Selain itu, kajian yang dijalankan di Feldajaya Trolak mendapati permintaan pasaran sedia ada kurang berbanding pembangunan yang dirancang manakala sehingga kini, Felda masih belum mengemukakan kajian kemungkinan bagi Feldajaya Mempaga,” tambah laporan tersebut. Semakan selanjutnya mendapati hanya satu daripada 10 lot medan selera di Feldajaya Raja Alias yang disewakan. Ini disebabkan kedudukannya yang tidak strategik iaitu bertentangan dengan medan selera sedia ada yang lebih mudah diakses dan bersebelahan dengan jalan utama. Pada pendapat Audit, kemudahan awam yang tidak digunakan sepenuhnya menyebabkan pembaziran dan kerugian hasil kepada Felda. Dalam pada itu, ada segelintir pemilik yang menyalahguna banglo mereka sebagai homestay iaitu sebanyak enam unit di Mempaga, lima di Raja Alias dan 10 di Feldajaya Trolak.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 07:38:07 +0000

Trending Topics



�عد امرأة
ENQUANTO O POVO FICA QUIETOS OS DEPUTADOS ESTÃO COM CORDA TODA.
Le marché fait la loi. L’expression nous est maintenant
Elvis Vs JXL Obscure facts.....arent you glad you asked??? This
We do: Residential/Commercial Clean-Up & Pest Control,
@[0:1: Dầu ăn Neptune, êm ái mát mông , càng thông càng

Recently Viewed Topics




© 2015