Aura bagi pemimpin ini tidak dapat disangkal lagi, tidak dapat - TopicsExpress



          

Aura bagi pemimpin ini tidak dapat disangkal lagi, tidak dapat dinafikan Dr Ong Kian Ming mempunyai tarikan sendiri. Maka tidak hairanlah apabila pemimpin ini menang pilihan raya umum (PRU) lalu walaupun baru pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Serdang. Beliau cuma lewat lima minit daripada yang dijanjikan untuk bertemu dengan The Malaysian Insider, namun pemimpin ini tidak kekok meminta maaf atas kelewatannya itu. Pengarah strategi pilihan raya DAP itu merupakan seorang pemegang PHD yang dahulunya perunding politik mendapat bayaran tinggi dan kini bertukar menjadi ahli politik sepenuh masa. Terbaru beliau menunjukkan solidariti bersama umat Islam dengan berpuasa selama sebulan. "Saya hanya mahu bersama berkongsi pengalaman berpuasa bersama rakan Muslim saya dan ia sememangnya sukar, selepas 30 hari sambutan Hari Raya benar-benar memberi makna kepada saya kerana saya rasa seperti layak untuk menyambut perayaan umat Islam ini," katanya tersenyum. Bila dilihat kembali kehidupannya, pelajar tajaan biasiswa Asean yang berjaya belajar di Institusi Rafles, antara Institut pengajian paling berprestij, menyambung pelajaran di Universiti Cambridge dan meraih ijazah kedoktoraan dalam Sains politik di Universiti Duke, Utara Carolina sebelum bekerja sebagai perunding disebuah syarikat antarabangsa. Menurut Ong, ketika zaman remajanya cita-cita beliau adalah untuk mengumpul kekayaan. Namun ia tersasar setelah dua tahun, Ong kembali ke tanah air. "Saya mahu menerokai pilihan lain dan mencuba menjadi penganalisis politik. Sudah tentu saya mengambil risiko kehilangan separuh dari gaji, tetapi inilah yang saya inginkan iaitu menceburi dalam dunia politik," katanya lagi. Sukan bola keranjang, Micheal Jordan dan Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terjerumus dalam dunia politik. "Saya berada di Washington pada Oktober 2000 bagi menghadiri persidangan politik dan merupakan kali pertama bertemu Lim Guan Eng. Dari situ saya mengetahui Guan Eng juga merupakan peminat Micheal Jordan, jadi kami merancang untuk menonton perlawanan bersama dan ia merupakan permulaan perhubungan saya dengan DAP," kata Ong dan menambah ibu bapa dan gurunya antara pengaruh bagi beliau berkhidmat kepada masyarakat. Menurut Ong, bapanya, Ong Meng Sing seorang arkitek. “Bapa saya dulunya sangat aktif dalam Persatuan Dewan Peniagaan Cina dan kerja-kerja komuniti.” Ibunya, Poon Siak Khing seorang suri rumah yang juga bergiat aktif dalam aktiviti sosial. "Saya ingat ketika saya mengalami demam campak ketika belajar sekolah rendah di Singapura, dan saya dijaga oleh ibu selama dua minggu.” Namun siapakan antara mereka mempunyai pengaruh paling kuat sehingga beliau mengambil keputusan untuk terus menceburi dalam bidang politk. "Guru saya Mrs Rosie Smith, dia selalu mengajar saya untuk menjadi lebih kritis dan berfikir di luar kotak, sehingga ke hari ini beliau masih mengingati apa yang diajar guirunya," katanya. Di sisi lain, pemimpin ini begitu aktiviti melibatkan kecerdasan fizikal seperti larian marathon. Dan rekod terkumpulnya adalah10 kali larian marathon bagi kategori 21 kilometer dan bakal menamatkan larian marathon penuh beliau yang pertama pada penghujung tahun ini di Pulau Pinang. Mengenakan jam tangan Casio berwarna biru yang didapati melalui tebus mata dari abangnya 10 tahun lalu sudah cukup menjelaskan betapa Ong merupakan seorang yang merendah diri. "Saya tidak suka kereta yang laju dan mahal, malahan saya baru saya menjual kereta pertama proton Wira yang dipakai selama 14 tahun dan diganti dengan Toyota Vios.” Isterinya Yeoh Ee Leng merupakan penyokong setia beliau. Menurut beliau isterinya berhenti kerja sebagai arkitek demi menyokong kerjayanya. "Saya mengenali isteri saya di Singapura namun hubungan kami rapat pada tahun 2000. Empat tahun kemudian kami berkahwin dan dia mengikut saya ke Amerika Syarikat bagi menyambung pengajian saya,” katanya. Berkongsi umur yang sama, isterinya Yeoh 38 juga turut bersama beliau berpuasa di bulan Ramadan. "Dia bersama saya berpuasa walaupun tidak penuh, malah dia bangun pada jam 5 pagi demi menyediakan sahur untuk saya, kami makan bersama, dan ketika siang hari Yeoh langsung tidak makan kecuali hanya minum air," katanya. Ditanya samaada beliau kini mula berfikir untuk mendapatkan cahaya mata katanya bukan ketika dirinya yang mempunyai komitment kerja. Jadi apakah yang dilakukan oleh pemimpin ini sekiranya mempunyai kelapangan. "Saya cuba mengimbau filem kegemaran saya menonton filem seram gred B dan beliau mengakui akan menonton sendirian, " katanya. “Isteri saya tidak sukakannya jadi saya menonton filem ini seorang diri. Ini adalah salah satu perkara yang beliau benarkan saya lakukan.”
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 02:35:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015