BAGAI MANA KAH UNTUK MENDAPAT KAWAN SEJATI? 1.Kawan tu bukan - TopicsExpress



          

BAGAI MANA KAH UNTUK MENDAPAT KAWAN SEJATI? 1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak… 2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak… 3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang… 4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang… 5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai… 6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul… 7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru… 8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde… 9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari… PERSAHABATAN: Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan. Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan. Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini. Secara ringkasnya… 1) Hak dalam harta dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara. 2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita. Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman: “Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 18:15:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015